Khamis, 2 April 2009

Surat Cinta Allah dan ESQ Training Pembakar 0bor Mujahidahku




Assalamualaikum sahabat?? Rasanya dah lama saya menyepi..kesibukan dan kepalsuan dunia melekakan saya..Untuk coretan kali ini tiada apa yang ingin saya bicarakan ..Sekadar sebuah coretan tanda syukur saya kepada Allah Yang Esa..



Kerana dengan DIA lah saya kenali diri saya,untuk apa saya hidup dan saya tahu apa itu HIDAYAHNYA..Untuk pengetahuan sahabat,minggu lepas saya terpilih untuk mengikuti program"ESQ Training"..Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 500 seorang tapi alhamdulillah syukur..biayaan itu ditanggung sepenuhnya oleh Pihak Politeknik..Pada mulanya saya sangkakan program ini adalah sama dengan program -program motivasi yang lain tapi ternyata saya silap mentafsirkannya..Apa yang saya dapat melebihi apa yang saya ada dan apa yang saya dapat dari program inilah yang merubah perjalanan hidup saya kini .Terasa diri ini kerdil dihadapanNya.MasyaAllah saya rupanya leka selama ini..":Ya Allah ampunkan dosa-dosaku ..Hidup matiku hanya untukMu"Kalau selama ini air mata yang jatuh dipipi saya hanyalah kerana tidak tahan akan dugaan dariNYa..Tapi air mata yang jatuh kini tidak lagi sia-sia..hanya keranaNYa"Terima kasih Ya Allah kerana pimpin diri yang penuh dosa ini ke jalanMU.

Bismillahirrahmanirrahim..
Demi matahari dan sinarnya di pagi hari

Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit berserta seluruh binaannya

Demi bumi serta yang ada dihamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya


Allah mengilhamkanSukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya
(Surah Asy-Syams: 1-10)

Assalamualaikum..Pagi!Satria ESQ..go go go…
Satria ESQ…fight fight fight..
Satria ESQ..win win win!!
ESQ..165
ESQ...yes!!
ESQ...yes!!




Ia merupakan satu lontaran suara yang membangkitkan semangat berkobar-kobar untuk meneruskan kehidupan hanya kerana Allah dihamparan bumi yg indah ciptaanNya ini.Sesungguhnya apa yang diperolehi dalam program ESQ Training ini adalah suatu HIDAYAH dari Allah untuk hamba-hambaNya....Terima kasih Ya Allah..



Yang paling berkesan dan mengetarkan relung-relung hati ialah suatu perasaan bersalah tentang kejahilan kita..ilmu pengetahuan yang tinggi tiada lagi ertinya..Kerana kini kita bukan lagi jahil tentang ilmu tapi kita jahil menilai diri dan perbuatan kita selama ini...Astaghfirullah hal azim....MasyaAllah...Segala tindakan dan perlakuan diri kita diambil mudah dan tiada suatu pun cara atau tindakan untuk kita perbaikinya..Semuanya kita pandang remeh dan mudah..Dan adakalanya kita sekadar memejamkan mata terhadap dosa-dosa kecil dan dosa-dosa besar yang kita lakukan..MasyaAllah kita terlalu ego dan riak.."Ya Allah jauhkan dari kami sifat-sifat begini setelah kau berikan kami HIDAYAH ke jalanMu"..



Namun bila saya berada di program ESQ Training ini..Saya semakin sedar akan dosa -dosa dan kekhilafan saya selama ini..Hati yang sekeras kerikil ini akhirnya tunduk jua..."Allahuakbar"Allah Maha Besar..hanya dengan kalimah itu yang bisa mebuatkan diri ini tabah dan menahan diri ini daripada menjadi lemah .Saya pujuk lagi diri saya agar kuat;


"Aku harus kuat dan tabah,Dan inilah realiti dan kenyataan kehidupan sebenar yang harus aku tempuhi"bisik hati kecil ini..Tetapi saya lemah jua..Dan akihirnya saya rebah menunduk tanda saya tidak dapat bertahan lagi..Alhamdulillah sekali lagi KAU berikan saya nikmat kasih sayang..Sahabat yang tidak pernah saya kenali datang mendakap saya tatkala diri ini hampir kalah dengan permainan emosi..MasyaAllah..saya begitu terharu.."Apakah nikmat yang KAU berikan ini tak pernah ada penghujungnya..dan bagaimana bisa saya membalas segalanya..Sewaktu tangan ini menari melontarkan kata-kata..airmata tak pernah kering dari mengingatiMu ..Segala pujian Hanya UntukMu..""Sesungguhnya nikmat yang KAU berikan terlalu banyak dan tak terkira untuk saya menghitungnya" Terima kasih Ya Allah...Terima kasih Ya Rasulullah kerana pimpinanMu kami mengenali siapa TUHAN kami Yang Maha Pengasih dan Penyayang itu"...



Namun saya juga tahu ESQ Training hanyalah sebagai perantara.dan jangan sesekali mengatakan HIDAYAH Allah itu datang dari ESQ..Kerana HIDAYAH itu hanya datang dari Allah yg Maha Esa..ESQ hanya sebagai perantara untuk kita mendekati dan mengenaliNYA. Tidak mmpu lagi nak diungkapkan dengan kata-kata ..Inilah pengalaman yang diperolehi dari ESQ Training..apa yg pasti..setelah itu saya merasakan perjalanan hidup ini lebih bererti dan lebih berharga.bukan lagi suatu sia-sia atau sekadar mendapatkan kepentingan diri semata-mata....



Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang..Renungkanlah siapa yang meniup perasaan kasih sayang dalam jiwa ibumu??Ternyata jawapanNya adalah Allah..DIA lah yang meniupkan sifat kasih dan sayang itu pada setiap manusia..kerana DIA lah Ar Rahman dan Ar Rahim.. Tuhan Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih..

Apabila kau memandang segalanya dari Tuhanmu,


yg menciptakan segalanya,
yg menimpakan ujian,
yg menjadikan sakit hatimu,
yg membuatkan keinginanmu terhalang
serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah
sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yg sia-sia..

Bukan Allah tidak tahu derita hidupmu,
retaknya hatimutapi mungkin itulah
yg DIA mahukan,kerana DIA tahu hati yang sebeginilah
yg selalunya lebih lunak dan mudah untuk akrab dan dekat dengan-NYA..


Allahuakbar..ya Rahman..ya Rohim..

Dibawah ini pula kisah salah seorang Alumni ESQ..dimana kisah yang dipaparkan olehnya inilah yang membuatkan saya menangis dan sedar..Dan kisah inilah yang banyak menyedarkan saya..tentang cara hidup manusia sekarang..MasyaAllah..




Pada 11 Julai 2008, berakhir satu training yang istimewa bagi diri saya. Diwajibkan bagi semua pekerja di syarikat ku oleh CEO kami, tidak kira anutan agama. ESQ adalah salah satu dari pada siri latihan kepimpinan yang di cadangkan oleh ibu syarikat kami.
Terima kasih kepada CEO, Tuan Syed Othman dan juga wakil pusat latihan ibu syarikat kami, Puan Normala.


ESQ adalah Emotional Spiritual Quotient yang diasaskan oleh Prof Ary Ginanjar Agustian dari Indonesia. Nanti saya ceritakan lagi tentang ESQ ini selanjutnya di entri yang lain.
Oleh kerana Pak Ary seorang Islam. Maka apabila menyentuh tentang ESQ Modelnya dan pengisiannya di ambil dari ajaran Islam. (Ya, itu betul sebab siapa yang lebih tahu tentang agamanya sendiri kalau bukan diri sendiri, bukan?), Justeru Basic ESQ Training ini, penuh dengan ayat-ayat Quran dan hadis. Praktiknya juga cenderung pada amalan Islam.
Lalu, ada tertanya, bagaimana agaknya perasaan rakan satu syarikat kami yang bukan beragama Islam. Bukan kawan-kawan seIslam saya sahaja yang bertanya, saya juga skeptik pada mulanya. Kesian mereka, pasti mereka skeptik dan memikirkan ini satu cubaan untuk mengislamkan mereka. Mungkin mereka tersinggung sebab apa yang diajarkan di training ini, bertentangan dengan ajaran mereka. Itulah agaknya yang mereka fikirkan kata hati saya. Tapi itu kata hati saya saja, mungkin benar atau tidak saya tidak tahu.




Tapi hal sebaliknya terjadi, Saya sendiri malu akhirnya, saya sendiri kalau diikutkan logik akal dan logik emosi, saya yang seharusnya berasa tersinggung pada rakan-rakan bukan seagama saya. Kenapa?



Pada pagi hari pertama, kami masuk ke bilik training di salah sebuah hotel terkenal disini. Duduknya diatas kerusi. Selepas rehat jam sepuluh pagi sehingga akhir hari kedua, kami duduk diatas hamparan kain putih. (Ya, kami letakkan punggung kami diatas kain putih). Pada hari kedua dan pagi hari ketiga itu Kami sujud diatas karpet yang kami pijaki selama ini. Kalau di turut emosi dan logik akal. Perbuatan kami itu ialah perbuatan orang gila. Tapi kami lakukan itu dengan rela, kerana kami tersentuh!! Hati kami terbuka. Benarlah ESQ Training ini menyentuh perihalan spiritual yang selama ini dipinggirkan oleh kita semua.



Pendekatan dan isi training ini memang benar bersumberkan Al-Quran dan Hadis Nabi. Tetapi ia adalah universal. Kerana Islam itu bukan agama ciptaan manusia. Tetapi datangnya dari Allah yang menciptakan alam ini dan semua manusia. Justeru nilai kesejagatan yang ada dalam Islam itu (bersumberkan Al-Quran dan Hadis Nabi) adalah mesra manusia tidak kira apa pun agamanya.



Malah, saya dulu pernah diberitakan seorang manusia di eropah, dia tidak menganut islam, tetapi mengamalkan apa yang di ajar oleh Islam seperti puasa dan sebagainya, kerana ia mengakui kebaikannya.



Saya sekarang sedang mendengar ceramah oleh Danah Zohar, beliau seorang lulusan Pasca Ijazah dalam Philosophy, Religion & Psychology di Harvard University. Beliau juga adalah pencipta kepada teori/pemahaman Spiritual Quotient and Spiritual Capital. Di permulaan ceramahnya, dia mengakui, bahawa walaupun dia pernah mempelajari tentang Islam semasa melakukan Pasca Ijazahnya, tetapi peristiwa 11 September membuatkan dia memandang serong pada Islam. Namun, selepas dia membaca buku ESQ yang diberikan oleh Dr Ary Ginanjar Agustian. Pemahaman dan prasangka beliau berubah secara drastik. Barulah dia fahami yang Islam itu penuh dengan nilai-nilai murni. Namun dia bukan lah seorang muslim walaupun dia faham akan nilai-nilai didalam ESQ. Menariknya dia pernah memeluk agam Kristian, Jew, Budda dan lain-lain dalam usaha pencariannya akan adanya Tuhan! Namun setelah diperkenalkan ESQ kepadanya, Danah Zohar tetap bukanlah seorang Islam.



Justeru teman-teman bukan Islam, ESQ bukanlah satu ajaran yang mahu mengislamkan kamu, sebaliknya ia membentangkan apa itu Islam dengan teori yang mudah di fahami dan juga diikuti. Sebab itulah diciptakan model ESQ165. Supaya kamu juga boleh mengamalkan nilai-nilai ini.
Rakan-rakan saya seagama, dalam kita merisaukan perasaan kawan bukan seagama yang mungkin akan tersinggung dengan isi kandungan training ini. Sebenarnya kita seharusnya tersinggung dengan lebih dasyat lagi. Kerana, nilai-nilai ESQ165 ini telah lama kita ketahui, namun tidak kita hayati. Bukan kita sahaja, malah majoriti masyarakat kita.




Sebab itulah apabila mahu diwujudkan Negara Islam, ramai rakan bukan seagama melalui parti politiknya tidak mahu dan menentang. Negara kita negara beragama rasmikan Islam. Namun, masih ramai lagi rakyat malaysia ini meragukan undang-undang Islam. Mungkin ini semua berpunca dari kita? Kita sendiri hanya mewarisi agama ini turun temurun, namun tanyakan secara jujur pada diri kita bahawasanya, praktis dan penghayatan agama kita semakin bagus atau semakin pudar?



Kalau di tanya sesiapa pun rakan kita, amat jarang jika ditanya siapakah pemimpin/tokoh dunia yang dikagumi. Mungkin tiada yang menjawap Hitler, namun nama-nama Donald Trump, Bill Gates, Tun Mahathir, Mahatma Gandi ataupun Ayah saya sering menjadi pilihan. Kalau ada yang menamakan Nabi Muhammad S.A.W. Kita mungkin tersenyum dan mengatakan "Oohhhh… Ustaz ni.. Ya, nanti tolong imamkan kami ye, Ustaz."



Tetapi jika seorang bukan Islam mengatakan Nabi Muhammad itu adalah orang yang menduduki tangga pertama didalam seratus orang paling berpengaruh di dunia. Kita teruja, "Iya, betullah" kata kita,. "Benarlah," sambung kita lagi … ( Rujuk buku Micheal Hart : The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History)



Al-Quran diturunkan lebih1400 tahun dahulu. Kita, dari kecil mengakui ia benar, apa tertulis didalamnya benar. Namun, kita juga tidak malu hanya membenarkannya dengan lebih yakin setelah melihat bukti-bukti sains yang tidak mungkin di buktikan 1400 tahun dahulu. Kita sendiri orang Islam mengambil bukti-bukti dari mereka yang bukan Islam bagi mengukuhkan kebenaran Al-Quran itu. Ya, itu tidak salah. Tapi dimana kepercayaan kita pada Al-Quran itu? Sepenuh hati atau separuh hati?



Sedari kecil, anak-anak kecil dilatih nilai-nilai agama, diajar nama-nama Asma Ul-Husna. Apabila sikecil menghafal dengan lancar, Ibu bapa bangga. Setelah besar, anak itu lupa, masuk sekolah menengah berasrama penuh, apabila balik bercuti, Ibu-bapa hanya biarkan anak itu lepas subuhnya. Kesian anaknya, penat belajar, biarkan dia tidur. Ketika anak itu kemalangan. Terlantar di hospital, tidak disuruh solatnya. Kesian, anggota wuduknya tak boleh kena air, nanti lukanya lambat baik. Apabila anak bekerja, sibuk urusan luar kawasan kesana sini, sehingga mempunyai gaji yang lumayan, Ibu bapa tersenyum bangga kerana elaun bulanannya cukup sentiasa. Apabila anaknya itu mahu kawin, ditanya siapa bakal menantunya, cantik ke tidak, anak orang kaya atau miskin. Setelah anak-anak itu mempunyai cahaya mata, pola pendidikan bermula semula seperti diawal perenggan ini. Namun bukan diperbaiki nilai spritualnya. Malah makin teruk jadinya.



Apa yang tertinggal? Ya, dunia kapitalis menjadi ikutan kita. Dunia maju seperti Amerika. Lantas segala macam amalan hidupnya sudah mula meresapi anak-anak remaja kita hari ini. Dan bila macam-macam kejadian buruk berlaku kita bertanya "Mengapa anak-anak kita dewasa ini?" "Mana nilai-nilai agama yang kita penat-penat terapkan dulu?" Bentak ibu-bapa.



Usah cari jauh, carilah didalam Hati, Hati kita telah kita sendiri butakan sebenarnya. Kita pernah letakkan Allah dan Muhammad S.A.W disitu. Namun kita tutupi dengan nilai-nilai dunia. Kita tutupi dengan nilai-nilai material. Maka nilai dunia itulah yang merajai kita. Maka nilai Allah dan Muhammad S.A.W tidak mampu memandui diri kita untuk menjalani kehidupan dunia ini. Astarfirullah.. begitu jauh kita tersimpang biarpun kita mengakui kita ini seorang Islam. Nilai-nilai Islam itu, tidak kita amalkan, namun nilai-nilai barat yang kita agungi.



Di sinilah ESQ165 seolah-olah meremajakan kita semula. Untuk kita melihat apa yang kita telah lupa. Ia bukan ajaran baru atau pahaman yang terpesong. Ia satu alat untuk mengingatkan kita semula. Alhamdulillah.



Ini semua dakyah sesat yang disebarkan secara halus? Mungkin ada yang sampai kesitu fikirannya? Ya, mungkin, Tapi… Cuba anda ikuti, setelah itu anda nilaikan sendiri. Selepas training ini, siapa yang lebih anda ingati dengan sepenuh hati? Allah atau Dr. Ary? Siapa yang lebih anda kagumi dengan sepenuh hati? Allah atau Dr. Ary? Dari pengalaman saya… Allah.
Inilah apa yang saya rasa tentang training ESQ165 yang saya ikuti.Maaf jika ada yang tersinggung. Namun, setelah melalui selama tiga hari berkursus, dan melihat berita waktu prima tentang hiruk pikuk dunia politik negara kita kini. Saya berharap agar semua wakil-wakil rakyat kita dan semua pemimpin parti politik dapat hadiri ESQ165 ini. Agar Malaysia ini kembali rukun dan aman.




Untuk anda yang akan ikuti, siapa pun anda, apa pun agama anda, buka minda dan ikuti dengan sepenuhnya. Apa pun agama anda, anda akan melihat apa sebenarnya Islam itu. Bukan pengganas yang dilabelkan oleh Amerika, bukan Katak atau Barua yang anda dengar dari Parlimen, Bukan hukuman potong tangan secara melulu sahaja untuk sipencuri seperti yang anda dengar selama ini. Islam mendukung nilai murni sejagat! Yang jahat itu bukan sifat Islam. Yang ganas itu bukan sifat Islam. Yang tidak adil itu bukan sifat Islam. Yang Rasuah itu bukan sifat Islam. Yang Menindas itu bukan sifat Islam. Kerana Islam itu dari Tuhan. Dia Maha Mengasihi semua manusia. Dialah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk semua manusia.



Untuk anda yang belum ikuti, melihat rakan-rakan selama ini yang lupa tikar sejadah, tiba-tiba membentangkan kembali sejadah. Jangan diguraui, syukurilah. Kerana selama ini, tanggungjawab kita lah untuk mengajak dia sembahyang, namun.. ketika kita tidak mampu membuka mulut mengajaknya sembahyang selama ini, tiba-tiba ada yang mampu merubahnya, Syukurilah… Jangan kita ejeki sampai dia merasa terasing atau malu. Takut-takut ketika malunya itu, meletup pula ego nya. Lalu dia jauhi pula amalan solatnya itu. Mahukah kita tanggungi dosanya?



Kalau tak silap, ada hadis nabi, yang lebih kurang maksudnya; Sesungguhnya Islam itu datang nya dalam keadaan asing (merujuk kepada perjuangan Islam zaman Rasullullah), dan di akhir zaman Islam itu akan kembali menjadi asing. Mungkin ini merujuk kepada amalan Islam tidak lagi diamalkan di akhir zaman. Mungkin oleh orang Islam itu sendiri. Ayuh sahabatku semua, jangan jadi agen yang mengasingkan ajaran dan amalan Islam ini. Jangan diejeki rakan kita yang baru berubah itu, jangan kita ketawakan rakan-rakan kita yang bertanya soalan remeh tentang Agama.



Ibu bapa, Jika Allah anugerahkan Syurga itu di kaki si Ibu, Jika Allah anugerahkan Syurga Isteri itu di kaki Suami, jangan lah kita sumpahi anak-anak kita dengan keras. Jangan kita tidak memaafkan isteri kita, Kerana tidak di ketahui, mungkin ada satu ketika mungkin anak kita itu akan berubah. Dan ketika anak kita itu berubah, mungkin dia doakan Ibu dan Ayahnya. Jika anak itu, anak derhaka, bagaimana doa dia akan dikabulkan? Kebetulan, pada masa itu juga, Ibu dan Ayah telahpun meninggal dunia. Ibu dan Ayah begitu perlukan doa si anak di dalam kubur. Bukan kah manis jika setiap malam sebelum tidur semua dosa anak-anak dan seluruh umat manusia ini kita maafkan? Mungkin malam itu malam terakhir kita didunia. Maka esoknya apabila sesiapa pun berdoa untuk kita, akan Allah kabulkan doanya. Bukankah yang akan terima doa itu kita juga di alam kubur? Insyallah, bersama kita amalkan.



Anak-anak, Adik-adik, Sahabat-sahabat, jika Ibu Bapa kita tidak sempurna, tidak diajari kita dengan ajaran dan amalan Islam itu secukupnya, marilah kita cari sendiri, agar dapat kita ajari anak-anak kita nanti. Untuk Ibu dan Bapa kita, kita maafilah mereka dan doakan lah mereka. Siapa pun dia, apa pun agamanya. Melalui merekalah kita melihat dunia, kita membesar dan mencari makna dunia, sehingga kita dapat mengenal Islam. Biarpun bukan dari mulut mereka Islam itu kita fahami sepenuh hati, biarpun bukan dari amalan mereka Islam itu kita kagumi. Namun, tak kan mungkin kita fahami kini, atau kita kagumi kini, jika dahulu selepas kita dilahirkan, kita dicampakan ke tepi longkang atau tong sampah!



Semakin hari semakin saya syukuri… pencarian saya pada Tuhan sebenar-benarnya bermula hujung tahun lepas (2007), ramai rakan-rakan membantu secara langsung dan tidak langsung, ada mencadangkan buku, ada yang meneguri cara bacaan Al-Fatihah, ada yang menambah bacaan doa selepas solat, ada yang bercerita tentang solat hormati waktu, ada yang mengejek dan menegur sinis, namun semakin itu la saya rasakan ilmu saya cetek dan masih banyak pencarian yang perlu dilakukan.



Kalau diikutkan hati, mahu berhenti kerja dan pegi tinggal di Mekah. Beribadat sepenuh masa. Namun, itu hanya bisikan hati. Saya tidak mahu menghalalkan apa yang Allah haramkan, dan mengharamkan apa yang Allah halalkan. Kehidupan ini perlu diteruskan, hati ini perlu diluruskan, amalan harus diperbanyakkan, kedangkalan akal perlu ditingkatkan. Semoga dipermudahkan olehNya – Amin.



Bagaimana perasaan saya kini? Ini lah apa yang saya rasa, Sesungguhnya Cinta Allah itulah yang saya cari sebenar-sebenarnya. Rasa tenang di hati sukar digambar, rasa puas sukar diceritakan, benarlah tiada cinta yang Agung selain cinta kepada Allah.



Namun takut nya tetap ada, takut sesat di dalam terang seperti dulu, takut ujub dan riak beraja di hati, takut sesalan ini hanya sementara, takutt alpa dengan nikmat dunia, takut sembunyi di sebalik nama islam sahaja, takut terikut amalan mereka yang ramai biarpun ia salah disisi Islam. Namun saya yakin, dengan adanya kawan-kawan, dan mereka yang tidak jemu berjuang seperti Prof. Muhd Kamil Ibrahim (Penulis Travelog Haji), Dr. Ari Ginanjar Agustian ( Pengasas ESQ165), Blog Saiful Islam, Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (sekadar menyebut beberapa nama) pencarian saya ini akan diteruskan lagi.



Rakan-rakan, sama-samalah kita saling mengingati – Semoga kita semuanya mendapat Hidayah dan Petunjuk dari Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Amin.
Tersinggungkah anda oleh ESQ? Tidak perlu, kerana kita memerlukan peringatan yang dibawakan oleh ESQ itu, kita lupa dan lalai selama ini. Syukurlah ada yang sudi mengingatkan. Semoga semua beroleh manfaat.




Terima kasih kerana bicara tulisan tangan inilah..membuatkan saya tunduk pada kealpaan dan kegoan diri...MasyaAllah..Untuk mengenali lebih lanjut siapa dia..Layarilah...http://menadahhidayah.wordpress.com/category/esq-way/


Terima kasih sahabat kerana tulisan tangan anda mebuatkan saya terus kagum akan anda tanpa saya mengenali siapa anda...



0 ulasan:

Catat Ulasan