Jumaat, 17 April 2009

Coretan Buat Adik Kesayanganku

Pada post kali ni.Tiada apa yang ingin saya bicarakan..Cuma satu bingkisan video untuk seorang insan yang bernama Adik..Apa yang saya lakukan adalah di atas permintaan adik saya sendiri..
Tidak salah rasanya saya menyediakan satu slide untuk dirinya..Dan apa yang paling bahagia saya lihat senyuman dan gelak tawanya apabila video ini sudah siap.. begitu gembira dan teruja.....

Dialah adik saya yang menjadi penawar duka kami sekeluarga.Adik bongsu yang lasak,manja pendiam dan rajin.Dan bagi saya dia juga seorang yang tabah.Tabah menghadapi liku-liku kehidupan kerana dia tak pernah kenal erti putus asa dan sering sahaja berdikari.Bicaranya tulus ..kata-katanya tak seiring perbuatan.Sikap tegas dan lasaknya tiada bila berbicara dengan insan yang lebih tua..Kata-katanya bernas dan tidak pernah sesekali dia berbohong. Alhamdulillah saya harap sifat ini kekal dalam jiwanya.InsyaAllah doa kakak tak pernah putus untukmu dik..

Dan yang terakhir saya doakan dia berjaya dalam kehidupan dan tidak lupa juga saya doakan dia akan menjadi mujahidah atau wanita solehah suatu hari nanti.Dan saya menyayangi dia,sebagaimana dia menyayangi saya.Dialah ladang kegembiraan bagi kami sekeluarga.Ya Allah.bantulah dia merindui syahid dijalanMU dan berikanlah dia petunjukMU agar dia belajar mengenali dan menyayangiMU dengan hati yang ikhlas.



0 ulasan:

Catat Ulasan