Rabu, 10 Jun 2009

Kisah Si Penjual Tempe

1


Kisah Penjual Tempe...bagus kisah nih..bacalah. sesungguhnya tiada kuasa lain yang dapat menandingi kekuasaan Allah swt..amin Bacalah....moga menjadi iktibar.


Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat.Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya dipasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yangdijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri. Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar tempenya yang diperbuat daripada kacangsoya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain.Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.


Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasanahatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa ,"Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin" Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuhhatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe .Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masihtetap kacang soya.


Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi."Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu.Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempekerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin".Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudahtentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Diatetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.Walau bagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu.


Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa."Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku.Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin".Lalu dia pun berangkat di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi.


Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe . Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.


Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe ,tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir,"Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini." Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika.


Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, diamembuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masihbelum menjadi! Dia pun ra sa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu,"Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"


Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England ,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempeyang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...


Moral:Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepadaTuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.


Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta.Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.


Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan


Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan...oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat(",) ..

Rabu, 20 Mei 2009

Mariam Dan Buah Bacangnya

0


Bingkisan cerita ini saya perolehi dari majalah mastika tak lama dahulu..Namun coretan seorang insan bernadi guru ini tak pernah saya lupakan.Ceritanya menusuk hati..mengusik kalbu..Tanpa disedari airmata tumpah jua..Mungkin coretan ini bisa saya pamirkan disini agar teman-teman dan rakan seperjuangan dapat menghayati apa erti "Ketulusan Hati Yang Sebenar"Kita alpa kita leka dengan apa yang kita perolehi....Dan sekarang jawablah...Apa erti kesyukuran sebenar pada kita??Jangan beritahu saya..jawapannya kerana anda lebih berhak membuat penilaian..Assalamualaikum..


Pagi 16 Mei 2005, saya dikejutkan dgn beberapa org anak murid yg meluru ke arah saya. Wajah mereka berseri-seri lalu masing-masing menghulurkan bungkusan berwarna-warni. "Cikgu...selamatHari Guru!" kata mereka bertepuk tangan sambil berlari-lari anakmengelilingi saya. Memang saya terkejut kerana sebelum itu tidak pernah saya khabarkan pada anak-anak murid tentang tarikh sambutan Hari Guru,apalagi mengingatkan mereka. Bagi saya mereka terlalu muda dan belum dapatmenilai erti sambutan Hari Guru. Rupa-rupanya saya silap. Tanpa saya menyangka pagi itu meja saya dipenuhi pelbagai jenis hadiah. Hari itu saya rasakanterlalu indah. Saya rasa disanjungi, lalu pipi anak-anak muridsaya kucup tanda merghargai pemberian dan ingatanmereka. "Terima kasih...bagitau ibu, cikgu ucapkan terima kasih, ya!" pesan sayapada Arina lalu satu kucupan singgah dipipi gebunya.


Di sisi Arina, saya lihat Mariam tersengih-sengih. "Cikgu...Mariam pun nak bagi hadiah. Tapi takbawa hari ni, lupa. Boleh cikgu, ya?" kata anak kecil itu bersungguh. "Takpayahlah Mariam. Tak bagi pun tak apa, cikgu bukan minta hadiah,cukuplah Mariam ucap Selamat Hari Guru buat cikgu. Itu pun sudah buat cikgugembira." Saya cuba memujuknya kerana tidak mahu menyusahkan Mariam dan anak-anak murid yang lain. Sebagai cikgu, saya tahu serba sedikit latar belakang keluarga mereka. Kerana itu saya tidak mahu ada di antara anak-anak murid saya yang bersusah payah menyediakan hadiah, lebih-lebihlagi Mariam. Dia bukan anak orang senang, ibu bapa Mariammembesarkannya hanya dengan meraut lidi, mencari daun getah kering lalu menjualkannya.Sebab itu saya tidak mahu Mariam rasa bersalah bila melihat teman-temanyang lain memberikan hadiah sedangkan dia tidak membawa apa-apa.


Bagi saya, lebih baiklah duit yang ada itu digunakan oleh ibu bapa Mariam untuk makan minum keluarganya, atau belikan baju baru untuk Mariam buat menggantikan baju yang kusam dan masam dek peluh.Saya gembira mendidik murid seperti Mariam.Biarpun ibu Mariam sudah lama meninggal dunia namun anak kecil itu masih bertuah kerana ibu tirinya menyayangi Mariam tidak ubah seperti anak kandung sendiri. Buktinya setiap pagi saya lihat anak kecil itu datang ke tadikasambil dipimpin ibunya, berjalan kaki sejauh 2 kilometer setiap hari.Kalau ada yang bersimpati, di tengah perjalanan ada keluarga murid-murid lain akan menumpangkan Mariam. Kalau tidak Mariam akan terus berjalan kaki dalam panas gerimis, pergi dan balik. Begitulah setiap hari.Esoknya sekali lagi meja saya dipenuhi dgn pelbagai jenis hadiah.


Kali ini datang daripada anak-anak murid yang tidak sempat memberikannya semalam. Saya hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala bila mana sambutan Hari Guru tahun ini benar-benar meriah. Seperti biasa, !pagi itu saya berdiri di hadapan pintu menyambut seorang demi seorang ibu bapa yang datang menghantar anak masing-masing. Di muka pintu sekolah, saya dengar seorang bapa berpesan ; "Hadiah tu bagi kat cikgu tau."Tatkala itu saya benar-benar tersentuh kerana saya langsung tidak menyangka cukup dihargai oleh anak-anak murid yang masih kecil usianya.Dari halaman, saya lihat Mariam berpimpinan tangan dgn ibunya. Sayasambut kedua-dua mereka dgn senyuman. Sama seperti pagi-pagi sebelumnya,Mariam tiba di tabika dgn keadaan tubuh yg bermandikan peluh.Bajunya basah namun kanak-kanak itu tetapceria, tersenyum seperti biasa.


"Cikgu! Mariam bawa hadiah untuk cikgu!"laungnya sambil ketawa. "Kan cikgu dah pesan, Mariam tak payah bagi cikgu hadiah," kata saya lalu mengusap rambut Mariam yang bertitisan peluh,dgn rasa kasih yg mendalam."Tak apa....hadiah ni best cikgu!" kata Mariam bersungguh-sungguh. Mariam meletakkan begnya di atas meja. Pantas jari-jemari comelnya membuka zip beg sekolahnya yang sudah pudar warnanya akibat dimamah cahaya matahari."Sekejap ya cikgu," kata Mariah yang masih tercungap-cungap kepenatan. Saya lihat Mariam mengeluarkan sesuatu dari dalam beg. Dia tersenyum sebaik menghulurkan segumpal surat khabaryang berkecai dalam genggamannya. "Alaaa...koyak pulak, cikgu !,"rungut Mariam penuh kekesalan. Matanya membulat memandangsaya yang masih setia menantinya. Beberapa anak-anak murid yang lain turut berdiri tidak sabar lihat apa yang Mariam keluarkan.


"Apa yang Mariam bawa tu?," saya tanya penuh hairanmelihat sesuatu yang bulat dibungkus dengan surat khabar lama. Saya dekati anak kecil itu lalu menyelak beg yangdibawanya. Di saat itu hati tiba-tiba menjadi sebak sebaik melihat 5 bijibuah bacang bertindihan dengan buku-buku tabikanya. Dada saya ini mula terasa berat, ada air yang mula bertakung dikelopaknya. "Cikgu ambillah plastik, rumah Mariam tak ada plastik sebab tu mak bungkus dengan kertas.Tapi koyak pulak," katanya lincah sambil sebiji demi sebiji buah bacang dikeluarkannya dari dalam beg sekolah. Gelak tawa kawan-kawannya mula kedengaran namun Mariam masih tersenyum lalu matanya merenung saya dengan pandangan yang cukup sayu."Cikgu...cikgu tak suka buah bacang ke?,"tanya anak kecil itu bila melihat saya merenung wajahnya dan 5 biji buahbacang yang bergulingan di atas meja.


Saya cuba tahan airmata supayatidak mengalir. Terlalu sebak rasanya. "Takkkk..cikgu...cikgu suka sangat.Balik nanti cikgu buat sambal belacan ya," kata saya, perlahan. Suara saya bagai tersekat di kerongkong. Dapat saya lihat anak kecil itu mengukir senyum. Saya peluk tubuhnya yang masih bermandikan peluh. Tidak dapat saya gambarkan bagaimana anak kecil itu membawa 5 biji buah bacang sambil berjalan kaki sejauh 2 kilometer. Saya kucup pipinya beberapa kali lalu tidak henti-henti ucapan terima kasih saya bisikkan ke telinga Mariam. "Bagitau mak...cikgu suka buah bacang. Terima kasih, ya," ucap saya lagi. Anak kecil itu mengangguk."Tengok, Mariam pun bagi hadiah kat cikgu jugak," katanya kepadakawan-kawan sambil tersenyum riang. "Eleh...buah bacang bukan hadiah.


Orang bagi hadiah kena bungkus lawa-lawa,bukan dengan kertas koyak." kata seorang anak murid yang masih tidak mengerti nilai sebuah hadiah yang sebenar-benarnya. "Tak apa...semua hadiah cikgu suka. Balut lawa atau tidak semuanya sama. Cikgu sayang semua anak-anak murid cikgu," saya ucapkan kata-kata itu agar hati dan perasaan anak sekecil Mariam tidak terguris.Dapat saya lihat Mariam sekali lagi ketawa lalubertepuk suka. Beberapa titis airmata yang sejak tadi saya tahan,akhirnya tumpah dipipi. Cepat-cepat saya mengesatnya bimbang anak-anak kecil yang suci dan bersih itu perasan kerana mereka belum dapatmenyelami perasaan seorang insan yang bergelar guru. Buah bacang pemberian Mariam itu saya bawa pulang dengan perasaan bangga bercampur hiba.Walaupun ia hanya 5 biji bacang, tapi hadiah itu amat istimewa. Wajah Mariam,!bajunya yang dibasahi peluh dan senyumannya yang ikhlas bermain-main diruang mata saya.


Tengah hari itu sambal belacan buah bacang menjadi santapan kami sekeluarga dan semasa menelannya, beberapa titis airmata ini tumpahlagi ke pipi. Terima kasih Mariam. 5 biji bacang itu merupakan hadiahpaling bermakna buat cikgu dan cikgu tidak akan lupakan sampai bila-bila.....

Isnin, 11 Mei 2009

Nukilan Buat Insan Bergelar Anak Sempena Hari Ibu

0


Apakah persediaan anda untuk menyambut Hari Ibu kali ini? Sudah dibelikan hadiah istimewa untuk ibu tersayang atau cukup sekadar dakapan kasih dan ucapan penghargaan?Saya pasti kebanyakan ibutidak mengharapkan hadiah istimewa dan berharga daripada anak-anak, memadai ucapan dan kata-kata sayang, itu sudah menjadi penawar kepada sebuah kerinduan yang ditanggung oleh ibu.Apa pun sambutan yang bakal anda raikan, satu perkara yang perlu kita ingat, sebesar mana sekalipun nilai hadiah yang anda berikan tidak akan sama dengan kasih sayang dan perhatian yang seorang ibu harapkan daripada anak-anaknya.Di sebalik meraikan kedatangan Hari Ibu dengan majlis dan pesta makan-makan, apa kata kita renung sejenak, sudahkah kita sebagai anak benar-benar telah menjalankan tanggungjawab terhadap ibu dengan sebaik-baiknya?



Cukupkah perhatian, kasih sayang dan bantuan yang kita hulurkan untuk ibu agar dia dapat meneruskan kehidupannya sehingga ke hujung nyawa. Bagi yang tidak punya ibu lagi, sudahkah cukup bersedekah dan berdoa untuk kebahagiaan arwah ibu di alam baqa?Saya tidak ada jawapan pasti yang boleh diberikan kerana sebagai anak saya yakin kebanyakan daripada kita tidak pernah terfikir untuk mengukur atau mahu mencatatnya sepertimana kita mengisi diari harian untuk memenuhi tanggungjawab yang sarat di pejabat, aktiviti dan lain-lain perkara sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada ibu bapa.Pernahkah kita bayangkan bagaimana setianya ibu menunggu kepulangan anak-anak yang tidak kunjung tiba kecuali musim cuti sekolah atau ada kematian dan kenduri-kendara. Juga berapa kerap kita bertanya keperluan ibu walaupun dia tidak pernah bersuara dan tidak pernah meminta-minta.Malah kita langsung tidak pernah cuba mengorek rahsia hati ibu sendiri - tentang perasaannya menangani kerenah anak- anak yang pelbagai, hati seorang ibu yang sering tersenyum di sebalik derita dan hati yang terguris luka.



Seorang ibu yang menangis di kala gembira dan meratap di kala duka kerana anak-anak. Satu perkara yang nyata, apabila balik kampung untuk bertemu ibu, perkara pertama yang kebanyakan dilakukan oleh anak-anak meminta ibu memasak yang sedap-sedap.Kononnya hendak bermanja tetapi kita lupa sebenarnya kita menyusahkan ibu. Dalam keletihan ibu bangun dan berusaha melakukan yang terbaik untuk menggembirakan anak-anak. Malah ada juga yang meletakkan anak-anak di bawah jagaan ibu.Tidak pernah dia merungut, tidak pernah dia berkata tidak mahu. Juga tidak pernah dia membebel atau berpaling muka. Bukan untuk anaknya saja, tetapi juga untuk menantu dan cucu-cucu bagi mereka yang telah mendirikan rumah tangga. Wajarkah tindakan kita itu walaupun pada hakikatnya ibu yang beria-ia hendak melakukannya .Berlainan pula ceritanya dengan kisah ibu yang sekadar mengharapkan anak-anak tetapi realitinya harapan hanya tinggal harapan kerana anak yang dinanti tidak muncul-muncul.



Sebabnya? Kerana anak-anak tidak menilai kasih sayang dan pengorbanan yang telah ibu mereka lakukan sejak mereka lahir, diasuh menjadi dewasa, berjaya dalam pendidikan, berjawatan tinggi tetapi pendek akal untuk membalas jasa dan pengorbanan ibu.Lebih menyusuk jiwa apabila ada di antara mereka lupa siapa yang mengandung dan mendidik mereka. Seorang wanita tua yang telah kering air mata menangisi mereka, seorang ibu yang bercekang mata menjaga mereka ketika tidur diganggu nyamuk yang mengganas.Tapi adakah kita insaf pada pengorbanan itu? Adakah kita menganggap sebagai sejarah yang tidak perlu diingat lagi. Aduhai, sedihnya hati ibu jika demikianlah anggapan anak-anak.Berdosa kita jika tidak menyelami hati seorang ibu, mereka yang dikurniakan fitrah sebagai insan istimewa yang punya nilai keibuan yang cukup tinggi, sarat dengan kasih sayang, penyayang dan prihatin.



Lalu teringat pada kisah zaman anak-anak di mana kebanyakan kita selalu ingkar kepada arahan ibu. Suruh itu ini kita tak mahu buat, kita membebel, marah-marah, bentak-bentak dan selalu hilang dari rumah. Kita rela bermain sehari suntuk daripada menolong ibu di rumah.Meningkat remaja kita mula melawan cakap ibu. Sudah pandai berkawan lain pula perangainya. Bila ada pendidikan tinggi, lupa pula sejarah hidup dan kepayahan ibu bapa mendidik dan membesarkan kita. Dapat isteri atau suami, kasih terbahagi dua tapi kita tidak tahu menimbangnya dan menjaga hati ibu.Cakap ibu tidak lagi dijadikan azimat tetapi sering dijadikan topik untuk bertikam lidah. Sampai ke tahap kita buat semua perkara tanpa pengetahuan ibu. Perkara yang kita suka tetapi tidak boleh diterima oleh ibu kita dahulukan.Ada yang berfikiran waras, nasihat dan teguran diambil kira, sayang sekali bagi mereka yang hanya menurut kata hati, teguran ibu bagaikan belati menyusuk hati, hingga hilang jati diri.
Akibatnya bertindak ikut nafsu sehingga ibu makan hati. Namun anak tidak pernah merasainya, bagi mereka bahagia jika dapat apa yang dihajati. Kita lupa perbuatan kita melukai hati ibu. Namun dia tetap tersenyum. Itulah ibu! Tak pernah nak ambil hati dengan perangai anak-anak.Seperti bapa, ibu juga adalah manusia yang punya hati dan perasaan ciptaan Allah SWT. Allah menuntut di dalam al-Quran supaya ibu dan bapa adalah orang yang paling perlu dikasihi dan dihormati setiap masa.



Kemewahan dan harta benda kini menjadi asas nilai kasih sayang sesama manusia termasuk kepada ibu bapa. Janganlah kerana pentingkan diri sendiri kita sanggup membunuh perasaan dan cinta kasih sayang kepada ibu. Allah menzahirkan perasaan sayangnya-Nya kepada manusia melalui ibu yang mengandung, melahir dan mendidik kita . Sudah cukup derita yang mereka tanggung sebelum kita lahir ke dunia. Sifat kasih dan penyayang ibu ini bukan ciptaan dan lakonan tetapi realiti fitrah yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada si ibu.Itulah sebabnya menderhaka kepada ibu bapa adalah salah satu dosa besar yang tidak boleh diampun kecuali oleh mereka sahaja dan balasannya akan diterima bukan sahaja di akhirat, malah di dunia.Sehubungan itu, seperti yang saya katakan di awal catatan ini, sesekali elok kita cermin diri, kita renung dan berfikir, apakah cukup sudah pengorbanan dan jasa ibu yang kita balas?



Jawapannya tentu belum cukup. Sampai bila-bila pun tidak akan cukup. Tetapi masih ada ruang untuk kita menambah baik apa yang tertinggal, menebus kesilapan dan kekurangan. Masih belum terlambat sebelum ibu menutup mata.Jika anda masih belum sedar dan leka dengan alam fantasi, jangan salahkan keadaan jika terjadi sesuatu yang bakal menjadikan kita sebagai anak yang akan menyesal seumur hidup.Ketika itu, menangis dengan air mata darah sekalipun tidak akan berguna lagi. Ingatlah, doa seorang ibu paling mustajab, begitu juga sebaliknya. Jika pun mereka ada tersilap, jangan simpan di hati. Emas yang setinggi gunung sekalipun tidak akan menjamin kebahagiaan di dunia, apatah lagi di akhirat jika melukai hati ibu. Sekalipun kita sedekahkan kesemua harta yang ada, ia tidak dapat menebus dosa kita terhadap ibu.Dengan rasa rendah diri dan insaf, marilah kita cermin diri. Jangan hanya beria-ia untuk bersuka-suka dan menggembirakan hati ibu dengan acara glamor semata-mata tetapi fikirkanlah jariah yang boleh membawa kebahagiaan buat kita sehingga ke akhir hayat.


Doa saya buat semua ibu-ibu semoga anda semua sihat dan diberi kekuatan untuk terus menjadi pelindung kepada kesinambungan sebuah kehidupan buat buat zuriatmu.
Terima kasih atas segala pengorbanan dan jasa. Kepada mereka yang telah tersilap langkah meninggalkan rumah dan pernah melukai hati ibu atau apa-apa sahaja, pulanglah! Dan katakan maafkan saya ibu! Istimewa buat wanita istimewa dalam hidup saya yang bernama Rosidah Ismail, terima kasih kerana sentiasa ada untuk berkongsi cerita. Sebagai anak, saya tahu kekosongan dan kerinduan mama kepada Kakak. Sebenarnya kita semua sama-sama rindu mama! Menutup kata, pesanan telus saya, wanita, isteri danibu ibarat matahari yang tidak pernah hilang, sentiasa bercahaya, panas dan membakar.Salam mahabbah.


Sesuap Bubur Untuk Ibu

0


"Malam itu saya lihat ibu membuka penutup tin yg diletakkan di penjuru rumah. Ibu mengoncang-goncang dan meraup butiran beras di dlm tin itu. Hanya ada dua tin susu shj yg masih berbaki. Beras sudah hampir habis rupanya. Pada siapa ibu hendak mengadu? Ayah? Saya tahu, ibu tidak mahu memikirkan perkara itu.

"Ibu mengerling ke arah kami yg masih belum makan. Saya lihat ibu ambil sedikit beras dari dlm tin susu itu, kemudian memasukkannya ke dalam periuk. Air dituang sehingga penuh. Setelah hampir setengah jam, ibu masukkan ke dalam sebuah sepuluh buah pinggan yg sudah tersedia.

"Bubur nasi itu berasap. Seorang demi seorang anaknya dipanggil sehingga adik kami yg paling bongsu. Makanlah kami sepuluh beradik ini sehingga pinggan licin bersih. Malam itu kami tidur dengan nyenyaknya.

"Pagi, kami bangun untuk bersarapan dan saya perhatikan, ibu menyalakan api untuk memasak. Ibu mengambil baki beras di dalam tin susu. Sekali lagi ibu membuat bubur yang cair.

"Seperti semalam juga, kami menghirup bubur sehingga habis. Bubur itu, walaupun cair, saya rasakan begitu enak sekali. Kami mengadu tidak cukup tetapi saya lihat ibu menyibukkan dirinya membasuh pinggan dan periuk. Ibu seperti tidak mahu melayan permintaan kami.

"Tengahari itu pun begitu. Bubur nasi yang cair untuk kami sepuluh beradik. Setiap kali waktu makan, saya perhatikan ibu pasti menadah tangan tanda bersyukur anak-anaknya tidak kebuluran. Mungkin ibu bersyukur hari ini kami dapat menyambung nyawa untuk sehari dua lagi. Mungkin juga ibu bersyukur kerana, walaupun hidup miskin dan susah, tetapi kami tidak meminta-minta. Kemudian, saya lihat ibu berpaling ke belakang.

"Masuk hari ketiga, kakak kami yang sulung memandang ke arah ibu yang sedang duduk membelakangi kami adik-beradik. Saya tidak menyangka, seperti saya, kakak juga perasan ibu akan membelakangkan kami semasa menikmati bubur cairnya. Yang kedengaran hanya bunyi sudu bersentuhan dengan mangkuk.

"Saya tidak tahu kenapa. Adakah ibu mahu makan sendirian dan tidak mahu diganggu? Atau, ibu tidak sampai hati untuk menatap wajah kami yang sedang kelaparan?

"Perlahan-lahan kakak mengengsotkan badannya mendekati ibu. Alangkah sedihnya kakak apabila melihat rupa-rupanya ibu hanya melaga-lagakan sudu di dalam mangkuknya yang sebenarnya kosong. Tiada sebutir bubur nasi pun di dalam mangkuk ibunya!

"Kakak segera berbisik kepada kami yang duduk di sekelilingnya. Adik-adik yang lain turut berbisik cerita yang sama sehinggalah kepada yang bongsu. Kemudian kami seramai sepuluh beradik sepakat menghadiahkan sesudu bubur nasi untuk ibu.

"Kami sedih. Kami tahu ibu sedang kelaparan, tetapi ibu tidak mahu memberitahu kami. Ibu berkorban untuk kami, ibu sengaja melaga-lagakan sudunya dengan mangkuk bagi membohongi kami seolah-olah ibu juga sedang menikmati bubur nasi yang dimasaknya.

"Setelah semua menghadiahkan sesudu bubur, saya lihat kakak mengengsot mendekati ibu. Kemudian kakak menghulurkan semangkuk bubur cair yang kami kongsi bersama tadi.

"Makanlah mak!" kata kakak, perlahan.

"Ibu berpaling memandang kakak. Tanpa menyentuh mangkuk yang dihulurkan, ibu bingkas bangun, kemudian terus berlari ke bilik dan menutup pintu. Kami hanya mampu melihat titisan-titisan air mata ibu berciciran di lantai sehingga ke pintu bilik..."

Saya terus mematikan radio. Saya tidak sanggup mendengarnya lagi. Dada saya sebak, mata saya digenangi air. Cerita seorang pendengar kepada stesen radio berkenaan sempena Hari Ibu pada tahun lalu itu terlalu sedih. Dan, saya masih mampu mengingatinya walaupun setahun sudah berlalu.

Alangkah bertuahnya pendengar tadi kerana mempunyai seorang ibu yang setabah ibunya.

Petikan rencana dari Mastika Mei 2009 tulisan Zulkarnain Zakaria

Kisah Nenek Jual Sayur

0


GAMBAR DIATAS IALAH SEKADAR GAMBAR HIASAN SAHAJA.Kisah ini dicoretkan oleh NOOR FAZRINA KAMAL seorang wartawan..Namun ia memberikan intipati yang besar dalam diri saya tentang ketabahan dan kecekalan hati..Saya sedih tapi saya juga gembira kerana masih dapat merenung ketabahan umat nabi Muhammad..Saya kagum kerana masih ada umat yang tabah dan cekal seperti nenek ini..Mungkin sekali diimbas situasi ini hanya sesuatu yang biasa sahaja tetapi jika ia dihayati dan didalami..ia adalah satu anugerah penghayatan untuk kita ,satu kisah teladan yang kita harus renungi dan insafi buat bekalan perjalanan kita..InsyaAllah..Pandanglah sesuatu yang berlaku itu dengan mata hati kerana mati hati tak pernah membutakan perjalanan hidup manusia...Dan mata hati itulah mengambarkan naluri sebenar manusia .Sama-samalah kita hayati ..Moga kita beroleh pengajaran dan iktibar darinya






KETIKA orang lain masih dibuai mimpi, dia sudah keluar rumah. Destinasinya adalah kawasan pasar berhampiran tempat tinggalnya di Kelana Jaya, Selangor. Itulah rutin hidupnya setiap hari. Tujuannya hanya satu. Mengutip bahan mentah seperti sayur dan ikan yang masih elok pada pandangan mata uzurnya.Pencariannya bukan sebagai pelanggan yang biasanya dilihat membeli sayur dan bahan mentah untuk dimasak sebagai santapan ahli keluarga, tetapi untuk mengutip sayur-sayuran dan ikan yang kurang elok dan telah diketepikan oleh penjual di pasar untuk dijual semula.Itulah sumber rezeki warga emas yang bernama Halimah Mindik ini untuk mencari nafkah demi menyara hidupnya.




Dalam usia yang mencecah 87 tahun, kudrat beliau masih mampu untuk memikul beg plastik berisi sayur-sayuran serta ikan yang purata beratnya lebih kurang 2 kg.Tambah menyedihkan, dengan tubuh badan yang kurus dan kecil, beliau menjaja dari pintu ke pintu, tingkat ke tingkat di kawasan rumah pangsa Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Taman Putra Damai, Kelana Jaya untuk menjual sayur-sayuran yang telah dikutipnya.Siapalah yang ingin membeli sayur-sayuran yang pada keadaan fizikalnya telah layu dan hampir berbau? Walaupun Halimah cuma menjual dengan harga 30 sen bagi satu ikat sayur, jarang hasil jualannya dibeli oleh jiran.




Jika ada pun hanya mereka yang bersimpati dan kasihankan dirinya.Sewaktu saya dan jurugambar tiba di kawasan dia menjaja, Halimah yang dikenali sebagai 'nenek jual sayur' di kalangan jirannya dilihat sedang berusaha memujuk salah seorang suri rumah membeli hasil jualannya.Puas dipujuk untuk ditemu bual, Halimah tidak berganjak. Jiran-jiran berkata, selagi jualannya tidak habis, dia tidak akan berhenti dan pulang ke rumah.Bagi memudahkan kerja dan atas rasa hati yang amat belas, saya menyerahkan ke tangannya wang RM10 dan membeli kesemua sayur yang berada di tangannya. Nenek Halimah tersenyum. Ada air jernih pada matanya.Sebelum sempat saya berkata-kata, nenek Halimah kalut menyeluk poket baju kedah yang dipakainya mencari wang untuk memulangkan baki.




Sayunya hati saya Tuhan sahaja yang tahu."Satu beg plastik ini cuma berharga tiga ringgit saja, bukannya sepuluh ringgit, mana boleh nenek ambil duit ni," ujarnya dalam loghat Perak, negeri kelahirannya.Dalam hati saya berkata, tinggi sungguh maruah nenek ini. Sudahlah hidupnya susah dan terpaksa pula mengerah keringat pada usia yang agak lanjut, nenek Halimah juga jujur dalam menjalankan perniagaan tanpa sedikit niat pun untuk mengambil kesempatan. Tambah mengejutkan saya, sebaik selesai saya berkata tidak payah pulangkan baki, nenek Halimah terus duduk mencangkung dan menadah tangan berdoa kerana rezeki yang telah dianugerahkan Tuhan kepadanya.




Saya sebak melihat tindakan nenek Halimah kerana inilah pertama kali saya berdepan dengan situasi begini sejak menjadi wartawan. Hati saya dan jurugambar amat terharu.Salah seorang jiran memberitahu, Halimah akan berdoa memohon kesejahteraan mereka yang membeli jualannya."Syukur pada Allah, ada rezeki nenek hari ini, takdir Allah menemukan kita hari ini," katanya ceria sambil menjawab soalan saya.Nenek Halimah merupakan lambang wanita Islam yang tinggi jati dirinya. Dalam usia yang mencecah seabad, dia mengisi masa lapangnya dengan mengajar jiran mengaji.Menurut nenek Halimah, ketika usia muda, dia selalu mengikuti kelas belajar agama di sekitar Bagan Datoh dan Semanggol di Perak."Kadangkala ada yang menjemput nenek untuk mendengar ceramah di Masjid Negara, dari situ nenek peroleh ilmu dan turunkan pada jiran-jiran di sini," ujarnya tersenyum.




Halimah tinggal bersama anak tunggalnya, Mohd Nazir Muhamad, 42. Tambah memilukan, anak tunggal lelaki yang menjadi harapannya pula mengalami masalah mental sejak usia muda. Itulah sebabnya hanya nenek Halimah yang berusaha mencari rezeki untuk mereka dua beranak.Cuma sedikit bauan yang kurang menyenangkan datang dari ikan busuk yang dijemurnya bagi menghasilkan ikan kering mengganggu jiran yang tinggal setingkat dengan rumahnya."Lutut nenek ini selalu sakit, kadangkala nenek gagahkan juga menjual. Nenek makan ubat tahan sakit yang dibeli di klinik, tapi mungkin kesan sampingan ubat tersebut membuat telinga nenek kurang jelas pendengaran," ujarnya sayu.




Saya berasa sedih dan sayu hati melihat sendi tangannya mengerekot."Ini semua kesan nenek mengangkat plastik untuk jualan seharian," katanya sambil menunjukkan tangannya. Dia seperti tahu apa yang tersirat di hati saya.Menurut nenek Halimah, ada jiran yang memberikan sumbangan seperti beras dan barang-barang kering seperti sardin dan bihun untuk dia dan anaknya. Tapi kata jiran-jiran nenek Halimah yang bersyukur dengan rezeki yang diperolehnya akan bersedekah pula kepada orang lain yang lebih memerlukan darinya."Kami tinggal berdua, makan sedikit, kadangkala sumbangan berbentuk makanan berlebihan, jika tidak dimakan akan membazir pula jadi nenek akan sedekahkan pada kanak-kanak," tambahnya.




Mengenai masa depannya, nenek Halimah sendiri tidak begitu pasti akan masa depannya."Selagi ada rumah nenek akan tinggal, esok lusa nenek akan pejam mata, nenek akan nikmati kehidupan ini dengan cara nenek tanpa menyusahkan sesiapa, selagi hayat dikandung badan," katanya menutup perbualan.Sebelum meminta diri, nenek Halimah membekalkan kami dengan air Yasin yang diambilnya ketika menghadiri upacara pengebumian Allahyarham Tun Ghafar Baba baru-baru ini.Begitulah kisah hidup nenek Halimah. Kisah ini patut menjadi inspirasi kepada generasi muda dan contoh kepada warga emas yang masih punya tenaga tetapi bergantung harap kepada ihsan orang tanpa mahu berusaha.




Sama ada benar atau tidak kisah yang nenek Halimah ceritakan, biarlah itu menjadi kenangan dalam hidupnya. Yang penting, nenek Halimah tidak menyusahkan sesiapa. Dia masih menggunakan kudratnya untuk mencari rezeki halal untuk sesuap nasi bagi meneruskan kelangsungan hidup.Mereka yang ingin melawat nenek Halimah boleh berkunjung ke rumahnya di 1205, Blok E, Flat Taman Putra Damai, Kelana Jaya, Selangor atau hubungi jiran nenek Halimah di talian 016-6384741.

Sabtu, 9 Mei 2009

Cinta MU YA RASULULLAH....

0

Subhanallah.... Memang tersentap jiwa… walaupun dah berkali-kali membaca kisah ini. Ketahuilah sebab itu kesakitan sakaratul maut umat Nabi Muhammad telah dikurangkan 99% kerana Rasulullah dah ambil ini advance untuk umatnya atas permintaan Baginda....... Sekadar mengingatkan dan menyentap Iman kita kejap…

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, AlQur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba."Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam."Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?""Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah,

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini."Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, paramalaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menantikedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja,kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka."Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi."Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku,jangan pada umatku."

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu,Ali segera mendekatkan telinganya."Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammadwabaarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.Allahu Ta'la A'lam.

Dibawah ini terdapat sedikit gambaran rumah rasulullah..Moga ia bisa membawa kita meneroka ke zaman rasulullah sekaligus membuatkan kita berfikir dan bersyukur..Allahuakbar...Allah Maha Besar..

Kalau Dahi Tak Pernah Mencecah Sejadah Dunia

0

Anda pasti pernah mendengar kata -kata ini di radio ikim.Sekali lagi saya catatkan kata-kata tersebut di blog ini. Hanya sekadar renungan kita bersama.Ingatlah duhai sahabat,kita dijadikan di dunia ini ada sebabnya.Renungkan kembali dari mana kita datang dan kemana kita pergi selepas kita didatangkan kedunia..Allah tidak menjadikan sesuatu perkara itu sia-sia..melainkan ada ganjaran dan hikmah kita sebagai manusia dan khalifah Allah di bumi ini..Apakah kita sudah bangga akan diri kita?? tapi ingatlah ada juga ganjaran untuk kita kalau dahi tak pernah mencecah sejadah dunia..
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedia
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah


Dengan empat kali takbir dan satu salamBerserta Fatihah,
Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat

Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan

Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu

Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera Isteri, kad kredit dan keretaKondominium, saham dan niaga.Kalau Dahi Tak Mencecah Sejadah Di Dunia

-- I CANNOT DO EVERYTHING,BUT STILL I CAN DO SOMETHING,AND BECAUSE I CANNOT DO EVERYTHING,I WILL NOT REFUSE THE SOMETHING I CAN DO--

Kebaikan Yang Tersembunyi..

0




Sebenarnya hati yg gelap dan dipengaruhi nafsu membuatkan kita melihat banyak kebaikan tapi hanya nampak keburukan padanya. Kita menganggap kegagalan itu satu keburukan. Miskin satu kekurangan. Musibah sebagai mala petaka yg memusnahkan harapan. sakit pula dianggap sesuatu yg amat menyusahkan.Renungkan...tulisan ini...mengenai Kebaikan yang tersembunyi....




Kadang-kadang sesuatu kebaikan itu bersifat tersembunyi hingga tidak ramai yg perasan. Contoh mudahnya, apabila turun hujan ramai org yg memberi respons tidak menyenangkan. "Hujan..kacaulah!!" mungkin ini rungutan anak muda yang baru hendak menyarungkan kasut bola. Suri rumah yg baru menyidai kain mungkin berkata.."Hujan lagi!! Bila lah aku nak kering.."Disebabkan ada org yg terganggu dgn hujan, apakah turunnya hujan itu satu keburukan atau bukan kebaikan?Bukankah hujan itu juga yg menyuburkan tanaman dan sayur yg kita makan? Bukankah hujan juga membolehkan kita merasai cuaca redup dan lembab setelah beberapa hari terdedah kpd cuaca panas kering? Bukankah hujan itu yang membolehkan kita bersedap-sedap tidur waktu di rumah?..malah hujan juga membolehkan ramai org mendapat sumber rezeki.




Tapi kenapa hujan yang turun pada waktu dan di tempat tertentu dianggap menyusahkan, bukan lagi satu kebaikan?Pada umum, ramai beranggapan kebaikan itu hanya ada pada kesenangan dan keselesaan, tidak ada kepayahan. Kebaikan juga hanya dirasa ada pada kejayaan. Juga hanya ada pada keselamatan, kecukupan dan kata2 pujian..Memang semua itu boleh membawa kebaikan dalam hidup di dunia. Tetapi tidak semestinya kesenangan itu kebaikan dan kesusahan itu keburukan. Tidak semestinya kekayaan itu kebaikan dn kemiskinan itu keburukan atau keselesaan itu kebaikan dan kepayahan itu keburukan. Tidak semestinya juga mendapat kejayaan itu satu kebaikan manakala gagal dalam satu2 perkara itu satu keburukan.




Sebenarnya hati yg gelap dan dipengaruhi nafsu membuatkan kita melihat banyak kebaikan tapi hanya nampak keburukan padanya. Kita menganggap kegagalan itu satu keburukan. Miskin satu kekurangan. Musibah sebagai mala petaka yg memusnahkan harapan. sakit pula dianggap sesuatu yg amat menyusahkan.Jarang kita mahu melihat kebaikan yg mungkin juga ada pada kesengsaraan, kemiskinan, dan keperitan hidup. Kita juga tidak nampak kemungkinan pada kepayahan, kedhaifan, kedudukan yg rendah, kata-kata kejian dan dalam musibah. Lebih2 lagi utk memikirkan bahawa kebaikan mungkin ada pada kegagalan walaupun hakikatnya semua orang mahu berjaya dan tidak mahu gagal.




Malah apa saja yang kita tak suka itu kita anggap sebagai keburukan. apa yg kita suka pula kita anggap sebagai kebaikan.Misalnya, dapat isteri yang baik tapi tidak cantik dianggap satu kekurangan, bukan satu kebaikan. isteri pula bila bersuamikan lelaki yg baik dan bertanggungjawab tapi miskin dan kolot, tidak mahu mengangap itu satu keuntungan dan kebaikan yg besar. Ini menjadikan seseorang itu tidak tahu bersyukur walaupun allah telah berjaya memberinya kebaikan dalam hidup di dunia.




Allah berfirman yg bermaksud..."Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bg kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.."Al-baqarah:216




Renung-renungkanlah

Jumaat, 8 Mei 2009

Cekalnya Hatimu Menempuh Hidup

0

Tatkala kita menangis ,merintih dengan dugaan hidup.Kita sebenarnya waktu itu terlupa tentang kehidupan orang lain..MasyaAllah egonya kita..Saya menjenguk di ruangan blog Akhwan Afandi..Ternyata ia banyak menyedarkan saya ...Seorang penceramah yang benar-benar mesra..dan ceramahnya begitu menginsafkan..Namun artikel dan foto dibawah yang juga saya ambil dari blog beliau cukup menyesakkan diri saya..Sedih bercampur pilu..tak terdaya airmata ini ditampung tatkala melihat kegigihan dan kecekalan seorang budak ini."Ya Allah kau berilah kekuatan padanya agar bisa ia bernaung dibawah landasan cinta dan kasihMU"..InsyaAllah

Jika remaja lain menggunakan motosikal atau basikal untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain, namun bagi Muhamad Haziq Samrat, 14, hanya bergantung kepada papan gelongsor.Bagi remaja ini papan gelongsor itu bukan sahaja menjadi teman ke mana saja dia pergi, malah ia merupakan sebahagian daripada hidupnya.Muhamad Haziq tidak sama dengan remaja lain kerana dia dilahirkan cacat dari paras pinggang ke bawah.Namun dia tidak pernah berasa malu atau menyalahkan takdir sebaliknya reda dengan ketentuan Allah SWT terhadap dirinya.Kekurangan itu juga tidak menghalang Muhamad Haziq untuk berjaya dalam hidup dan bergerak bebas sama seperti remaja lain seusianya biarpun hanya berkenderaankan papan gelongsor.Di atas kecekalan dan ketabahan yang ditunjukkan selain pencapaiannya yang agak memberangsangkan dalam akademik dan aktiviti sosial, dia telah menerima Anugerah Maulidur Rasul untuk kategori orang kurang upaya (OKU) pada majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan kali ini.Anugerah itu disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada majlis tersebut yang diadakan di Dataran Merdeka di sini hari ini.Selain menerima sijil penghargaan, Haziq turut menerima wang tunai RM22,000 dan plak.Dia menerima anugerah tersebut hasil kegigihannya yang tidak pernah merasa tersisih untuk meneruskan hidup walaupun cacat.‘‘Kecacatan diri bukan penghalang untuk saya terus menimba ilmu dan berjaya dalam hidup,’’ katanya ketika ditemui selepas majlis penganugerahan itu.


PERINGATAN DARI AL QURAN
"Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar"
Surah Al Anfal 8:28

"Bukanlah kebajikan itu hanya menghadap muka kamu ke arah timur dan barat,tetapi kebajikan (yang sebenarnya) ialah beriman kepada Allah, hari akhirat, malaikat, kitab, nabi-nabi, bersedekah harta yang disayangi kepada kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, musafir, peminta-peminta sedekah dan hamba-hamba yang menuntut kemerdekaan, mendirikan solat dan menunaikan zakat, orang yang menepati janji apabila berjanji, orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan peperangan. Mereka itulah orang yang benar-benar beriman dan bertaqwa".
Surah Al Baqarah 2:177


Senyumku tak seghairah.Gerak gaya tidak selincah.Mataku tak seayu..Kicau burung pun tak semerdu.Namun ku punya hati.Juga gayaku perasaanHidupku yang begini.Kadar waktu diizin Tuhan


Tidak ku minta.Lahir ke dunia.Tidak ku duga Cacat begini.Bukan ku mintaKasih dan sayang.Bukan ku rayu bantu simpati.


Maafkan wahai teman.Kumenumpang di sudut dunia.Mencari ketenangan.Sampai masa ku pergi jua...

Ingat kita juga menumpang di bumi Allah ini


PAGI itu di pentas utama Dataran Merdeka, semua mata tertumpu melihat seorang kanak-kanak yang sangat istimewa. Berbaju Melayu hitam, langkahnya perlahan menaiki anak tangga pentas.Sebaik tiba di anak tangga terakhir, dia lantas mencapai sekeping papan luncur (skateboard) yang dipegang oleh seorang pengiring. Kemudian, langkahnya pantas menuju ke arah orang kenamaan yang sudah sedia menantinya.

Sebaik sahaja berada di hadapan orang kenamaan itu, kedua-dua tangannya yang masih basah kerana terkena air hujan di lantai diangkat ke dahi tanda mengangkat sembah.Orang kenamaan yang berada di hadapannya ketika itu ialah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Dilahirkan dengan kecacatan fizikal dari pinggang ke bawah menyebabkan Muhammad Haziq Samrat, 14, tidak mampu berjalan sempurna termasuk membesar seperti kanak-kanak lain.Ketika 'berdiri' di hadapan Tuanku Mizan, ketinggian Haziq cuma separas lutut Tuanku.
Saat itu juga kemuliaan hati seorang Raja yang mengagumi ketabahan seorang kanak-kanak yang semangatnya luar biasa jelas terserlah.Sambil memegang sebuah piala yang menobatkan Haziq sebagai penerima Anugerah Tokoh OKU sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1430 Hijrah di Dataran Merdeka baru-baru ini, Tuanku Mizan sudi mencemar duli dengan merendahkan tubuh dan bertinggung untuk menyerahkan piala itu.



Memori itu pastinya akan dikenang sehingga akhir hayat Haziq. Ia bukan sekadar menerima anugerah tetapi bagaimana istimewanya layanan Tuanku terhadap beliau.
"Saya amat berbesar hati kerana menerima anugerah tersebut daripada Tuanku Mizan sendiri, tambahan pula bukan semua orang dapat memiliki peluang seperti itu."Saya pun tak sangka akan dapat anugerah tersebut, namun saya sangat bersyukur. Walaupun saya lahir serba kekurangan, masih ada yang prihatin," katanya sambil memberitahu, dia ingin menyimpan wang kemenangan berjumlah RM22,000 itu untuk kegunaan masa hadapan.



Menggunakan papan luncur untuk bergerak, Haziq memberitahu papan luncur dan dirinya tidak boleh dipisahkan sejak berumur dua tahun.Katanya, bayi lain bertatih menggunakan kaki tetapi dia bertatih menggunakan tangan dan belajar meluncur menggunakan papan luncur."Semasa kecil, saya pernah terjatuh beberapa kali kerana gagal mengawal papan luncur, tetapi sekarang saya sudah mahir," katanya sambil ketawa.

Haziq memberitahu, dia memilih menggunakan papan luncur berbanding kerusi roda kerana fizikal kerusi roda yang agak besar menyukarkannya untuk bergerak bebas."Papan luncur lebih laju. Jadi, lebih mudah untuk saya bergerak terutama ketika melalui kawasan yang berbukit atau bertangga."Cuba bayangkan kalau saya guna kerusi roda, saya terpaksa meminta bantuan orang lain untuk mendaki anak tangga," katanya yang tidak mahu terlalu bergantung pada pertolongan orang ramai dalam melakukan tugasan harian.Tambahnya, keluarganya juga tidak memanjakan atau membeza-bezakan kasih sayang antara dia dan adik beradik lain. Mereka melatihnya supaya Haziq mampu melakukan banyak perkara dengan sendiri agar dia lebih berdikari dan tidak bergantung kepada sesiapa.

Anak muda yang penuh dengan keazaman dan kecekalan itu tidak pernah merasakan kecacatan dirinya sebagai batasan untuk dia bergaul dan melakukan aktiviti-aktiviti seperti remaja normal yang lain.Justeru, tidak hairanlah dia juga sangat aktif dalam sukan dan aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolahnya sekali gus membuatkannya tiada beza dengan pelajar lain di sekolah."Saya akan sertai apa saja aktiviti yang saya boleh sertai, antaranya ping pong, bola sepak, bola tampar, renang dan banyak lagi.


"Memang mula-mula sukar tetapi lama-lama, saya jadi biasa. Kawan-kawan pun dah biasa dengan keadaan saya. Oleh itu, tak ada perasaan takut bagi mereka kalau bersukan dengan saya."Kadang-kadang mereka yang ajak saya main bola di padang," katanya yang tinggal bersama ibu bapanya di Taman Lagenda Mas, Cheras, Kuala Lumpur.Walaupun keadaan Haziq kurang sempurna, dia tidak mempunyai masalah dalam pergaulan, malah dia diterima oleh semua rakan-rakannya.Umpama dalam drama atau filem, insan yang cacat, hodoh atau sebagainya, pasti mereka akan tersisih daripada masyarakat. Namun, perkara itu tidak berlaku kepada Haziq.

Sebaliknya, dia mengakui sering menjadi tumpuan mata-mata yang memandang, tetapi itu tidak menjadi masalah pada dirinya. Malah keadaan itu menjadikannya lebih ramai kenalan kerana mereka ingin tahu tentangnya."Saya gembira kerana setiap kali keluar pada hujung minggu, diri saya menjadi tumpuan orang ramai kerana saya menggunakan papan luncur untuk bergerak sekali gus menjadikan saya ramai kenalan."Tidak bermakna saya mempunyai kekurangan, saya perlu mengurung diri dan menyesali kejadian Tuhan. Sampai bila-bila pun, saya tidak akan menjadi sesiapa jika saya mengurung diri," katanya.

Orang yang paling rapat dengan Haziq adalah ibunya, Narimawati Abdul Jalil, 54. Narimawati sentiasa memberi sokongan kepada anaknya supaya bersabar meniti cabaran hidup sehingga beroleh kejayaan."Saya selalu ingatkan Haziq supaya kuatkan semangat dan sentiasa beri galakan kepadanya untuk terus berjaya. Saya selalu cakap pada dia, kalau kita susah, mungkin ada orang lain yang lebih susah daripada kita," kata Narimawati.

Saya masih ingat ketika menonton satu dokumentari ringkas berkenaan dengan adik Muhammad Haziq, yang pernah disiarkan sebuah stesen TV beberapa tahun dahulu. Masih berbekas dalam ingatan saya melihatkan bagaimana beliau bergerak; menggunakan tangan dengan dibantu sebuah kotak papan beroda yang dibuat sendiri, yang semeangnya uzur. Mujurlah, ada insan dan pihak yang bermurah hati sudi menyumbangkan sebuah ‘skateboard’ bagi membolehkan beliau bergerak dengan lebih baik.

Saya juga masih ingat menonton beliau belajar di dalam kelasnya, bermain bola sepak dengan rakan-rakannya, dan membantu ibubapanya mebuat kerja-kerja rumah. Langsung beliau tidak menganggap ketidaksempurnaan yang dimiliki sebagai beban, sebagai batu penghalang. Kekentalan semangat yang sepatutnya dicontohi warga lain.Semoga adik Muhammad Haziq berjaya mencapai cita-citanya menjadi seorang peguam.Semoga Allah meberkati hidupnya.

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.”(surah al-Baqarah: 286)