Selasa, 7 April 2009

Mimpi Mujahidah Cilik..


Adik Kecilku bercerita tentang mimpinya padaku pagi ini..Katanya dia bertemu dengan umi di dalam mimpinya..Aku sekadar mendengar dan tidak bercakap panjang..hanya mendengar dengan penuh pengertian...


Adik Kecilku


"Kenapa hidup ni susah sangat yek Umi?" Adik kecil menyoal. Gusar. Ada keruh pada wajahnya.


"Hidup kan ujian bagi orang beriman. Untuk Allah menilai siapa antara kita yang beramal soleh. Hidup mungkin saja syurga bagi orang yang mencintai dunia, tetapi dunia hanyalah padang permainan untuk kita. Sampai masanya, kena 'balik' juga," perempuan separuh abad itu membuka bicara.


Terasa menusuk ke kalbu kata-kata itu..Kalimah itu adalah kalimah umikuTetapi DIA tiada lagi kini menemani hari-hari sepiku. Ketika adik kecil bercerita ...Aku hanya diam, berbuat tak tahu. Padahal ketika itu hati ini sudah sebak mendengar bicaranya..


"Tak larat. Umi, Adik sedih. Kakak pun sedih..." Dia mengadu lagi.


"Adik Sabarlah. Lalui kesusahan dengan redha, di situ ada kekuatan. Ujian datang bukan untuk menyiksa jiwa kita, tetapi sebagai penguat jiwa. Supaya kita lebih dekat pada-Nya. Itupun jika adik memilih untuk dekat pada-Nya. Sayang pada-Nya. Sayang Tuhan tak?" Perempuan separuh umur itu memujuk lagi.


"Sayang. Tapi Adik rasa macam nak hidup dalam mimpi. Nak mimpi syurga. Umi jauh, Abah jauh. Tokwan jauh. Camne," dia merengek. Ada sayu pada nada suaranya.


"Jika benar mahu menurut langkah pejuang, Adik mesti kuat. Jika benar mahu turut sama membangkit ummat, Adik mesti tabah. Thabat. Adik kena hadapi ujian yang tersedia ini. Mesti. Dia kan ada. Maha Pengasih, Maha Penyayang. Carilah Dia, selangkah Adik mendekati, seribu langkah Dia menghampiri, " kata-kata itu diringi tumpahan air mata. Adik kecil menangis teresak-esak.


"Kakak, Umi kata Adik kena kuat. Jom kita jadi kuat. Jangan sedih-sedih. Allah ada. Jom kita cari Dia," Adik kecil berpaling, berbicara dengan aku. Serentak, si kecil itu berlari keluar.
Aku termangu di sudut itu, terkesima dengan
Adik kecil
itu. Dia, yang sekecil itu, pandai memujuk aku. Subhanallah.


Aku terpinga..adik yang tadinya disisiku..tiada lagi kini..Dan kuperhatikan diluar dia sedang memegang senjata keseorangan..Allauakbar..Allah Maha Besar..Lindungilah kami Ya Allah..Kami dalam perjuangan mempertahankan agamaMU...Lalu aku membuka langkah menghampiri adik kecilku..Kulihat dipipinya air mata merembes membasahi bajunya..



Aku sayu,aku melutut lalu aku letakkan kepalanya di bahuku..



Lalu kukatakan padanya.."Kita mesti kuat adik.Allah pasti bersama kita"Dia memelukku...Dan kami sama-sama berjuang....

0 ulasan:

Catat Ulasan