Khamis, 26 Februari 2009

Dugaan Hari Ini..

0


Hari ini ada exam data komunikasi, rasa gusar,bimbang, sumenya menjadi satu perasaan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata… terlalu banyak perkara yang berlaku menjadikan saya tak bersemangat untuk berjuang… diuji dr segenap sudut,emosi bagaikan kalut bila dicampur menjadi satu…tak tenang!…saya cari kekuatan dan semangat dr segala sudut yang boleh dicari, pastinya bila ujian ini menyinggah, terasa betapa saya sangat memerlukan DIA… sangat mengharapkan rahmat dan kasih sayangNya…tapi,hati saya berbisik:


‘layakkah aku dapat rahmat drpdNya, andai diri sering melakukan maksiat dan dosa?? layakkah??’

hati ini merintih, fikiran kembali melayarkan segala kegiatan-kegiatan saya.. "ikhlas ke?,kerana Allah ke?, tak buang masa ke?, jalankan amanah dan tanggungjawab ke? … astaghfirullah… astaghfirullah… saya takut jadi hamba yang derhaka dan ingkar… kdg2 saya terpesona dengan nikmat dunia, kdg2 saya ikut kata hati saya, kdg2 saya buat ikut suka hati jer,, kdg2 saya ikut godaan nafsu saya.. astaghfirullah… moga Allah ampunkan semua dosa2 saya tu…


fikiran saya menerawang lagi… hari ini, hati saya terus merintih rindu… pada mama, pada papa yang jauh di mata… maklumlah, bila time exam ni, hati rasa sayu dan sepi je… bila berjuang tanpa melihat wajah mereka rasa cam tak lengkap jer hidup nie…semangat down… tekanan meninggi…. Kata-kata dan leteran mereka, walaupun hanya di corong telefon, beri saya kekuatan dan semangat utk saya terus mendaki puncak-puncak impian …Saya pasti mereka sibuk, tapi, ada lagi masa nak luangkan masa nak dengar rintihan anak mereka yang seorang ni, sedangkan saya, sudah lama tak kembali menziarahi mereka… sihatkah mereka yer?


Mungkin time2 cam nie mama tengah buat agar-agar kan untuk dijual esok??Kalu kakak ada pasti kakak dah kacau mama…hehehe nakal kan anak mama nie..Papa plak mesti cam biasa..terus dengan hobi kegemran yang suka memancing ikan tu…kan mama..Kalau kakak ada pasti kakak temankan papa memancing ikan dan cakap kuat2 kat laut tu …mesti papa marah cam selalu .Papa selalu cakap ikan semua lari dengar suara kakak..Hurm tapi kakak hairan jugak ikan ni ada telinga ker??boleh dengar ker??Tapi kalau ikan ni betul ada telinga mesti dia datang ramai2 masa kakak cakap kuat tu..Lagipun kan papa suara kakak ni kan best..merdu gitu..hehehehe..


Hurm tapi bagus jugak nanti boleh makan ikan best2..hehehe..Tunggu ye mama, papa,akan ku pulang jua, maaf la, kepulanganku nanti tak lama, 2 minggu sahaja, demi untukmu berdua, ini sahaja yang aku termampu mak, ayah!… moga dapat meringankan bebanmu dan melihat wajah anakmu yang nakal nie.hehe.


"Ya Allah,

Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar
atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,

Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana ku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua
penyebab hapusnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu
ya Allah, hanya Engkaulah yang berhak
membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,

Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku.
Tetapi jika sebaliknya,
maka izinkanlah aku memberi syafa’at untuk mereka, sehingga
kami semua berkumpul bersama dengan santunanMu di tempat kediaman yang dinaungi kemuliaan-


Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki ,
Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih
di antara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.


Istighfarlah, Istighfarlah
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat
orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya.
Percayalah bahawa anak yang
derhaka siksanya didahulukan didunia ini.

Selasa, 24 Februari 2009

Segalanya Tentang Insan Murni

0


Terlalu banyak yang nak di bicarakan lagi tentang ibu sampai tak teluah dek kata-kata...Sesungguhnya DIA lah manusia yang bertakhta di hati kita kini dan selamanya..Tanpa dirinya kita tak bisa ada di pentas dunia ini..Di bawah ada beberapa coretan berkenaan ibu yang akan saya paparkan ...Hayatilah ia dengan mendalam..Sesungguhnya jasa ibu tak terbalas meskipun jasad di kandung tanah..Terima kasih ibu..Artikel-artikel yang saya sumbangkan ini adalah artikel yang pernah saya baca dalam laman web dan majalah...Sekadar renungan bersama..Kerana IBU bagi saya terlalu tinggi DARJAT nya..dan saya abadikan segalanya TENTANG IBU disini..

Artikel 1;
Kisah Ibu Dan Kita

Ketika berusia setahun, ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain. Kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa apabila dipanggil.Menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang. Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.Ketika berusia 4 tahun, ibu membelikan sekotak pensil warna. Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.Berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru. Kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.Setelah berusia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit; Tak Nak! Tak Nak!Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola, kita ucapkan terima kasih dengan pecahkan cermin tingkap jiran.Menjelang usia 8 tahun, ibu belikan aiskrim. Kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.Ketika berusia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan ponteng kelas.Berusia 10 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemani kita kemana sahaja, kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen.Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian menutup aurat. Kita ucapkan terima kasih dengan menyatakan pakaian itu ketinggalan zaman.Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut membayar wang asrama, kita ucapkan terima kasih dengan tidak menulis sepucuk suratpun.Berusia 15 tahun, ibu pulang dari kerja dan rindu pelukan terima kasih dengan mengunci pintu bilik. Menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira bila kita diterima masuk IPTA.Kita ucapkan terima kasih dengan bersuka ria dengan kawan-kawan.Ketika berusia 19 tahun, ibu bersusah payah bayar yuran pengajian, hantar ke kampus dan heret beg ke asrama. Kita ucap selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.Berusia 20 tahun, ibu tanya kita ada teman istimewa, kita kata, “itu bukan urusan ibu.”Setelah berusia 21 tahun,ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya, kita kata, “saya tak mahu jadi seperti ibu.”apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita, kita kata, pilihan ibu tak cantik, tak berkenan di hati kita.Menjelang usia 24, ibu bertemu bakal menantu dan bertanya mengenai rancangan masa depan. Kita menjeling dan merungut, “ibu, tolonglah...!”Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan perkahwinan kita. Kita ucapkan terima kasih dengan berpindah jauh.Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi, kita megah berkata, itu dulu sekarang zaman moden.Ketika berusia 40 tahun, ibu mengingatkan mengenai kenduri kendara di kampung, kita kata sibuk, tak ada masa nak datang.Apabila berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan minta kita menjaganya, kita bercerita tentang kesibukan dan kisah ibu bapa yang menjadi beban.Dan kemudian, kita mendapat berita kematian ibu. Khabar itu bagai petir. Dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu. sekian


Artikel 2;
Ibu vs Kekasih

Orang kata aku lahir dari perut mak..
Bila dahaga, yang susukan aku.. mak
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. mak
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ..mak
Bila nak bermanja... aku dekati mak
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya mak
Bila nakal, yang memarahi aku... mak
Bila merajuk... yang memujukku cuma..mak
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..mak
Bila takut... yang tenangkan aku.. mak
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..makAku selalu teringatkan ..mak
Bila sedih, aku mesti talipon... Mak
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Mak
Bila takut, aku selalu panggil.. "makkkkkkkkkkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Mak
Bila ada masalah, yang paling risau.. MakYang masih peluk dan cium aku sampai hari ni...
MakYang selalu masak makanan kegemaranku. .
MakYang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku,
MakYang selalu berleter kat aku.. .
MakYang selalu puji aku.. MakYang selalu nasihat aku.. .MakBila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... MakAku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Mak
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Mak
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Mak
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku terlupa pada Mak
Bila sambut valentine... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari IbuSelalu...
aku ingat pasangankuSelalu...
Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon MakSelalu...
aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk MakRenungkan:Dulu Mak pernah kata: "Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kamu kirim wang untuk Mak? Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".Berderai air mata. Hari ini kalau Mak mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada.ingatlah pengorbanan ibuuuuu....

Artikel 3;
Ego Anak Emak


Mak..Maafkan anakmu mak.
Anakmu yang selalu melawan kata
Selalu pandangmu dengan mata yg tajam
Selalu fikir betapa kunonya mak…
Mak…Aku pernah tengking mak…
Aku pernah marah mak…
Aku pernah malu nak tunjukkan mak pada kawan-kawan…
Malu sebab nanti org cakap aku anak orang kampong kolot…T
api mak tak pernah tengking aku balik…
Mungkin sebab mak sedar mak tak belajar tinggi mcm aku…
Aku masuk universiti…
Mak cuma duduk kat kampong hulu…
Tapi aku suka mak sebab mak pandai masak…
Mak selalu masak sedap…
Tapi aku tak pernah puji mak…
Sedangkan kalau orang lain masak aku puji tinggi..
Tapi mak tak pernah merungut…
Pernah aku cakap teringin nak makan kerepek pedas mak…
Mak diam saja…tapi…
Senyap-senyap mak pergi gali ubi kat blakang umah…
Mak kopek..mak potong…mak goreng…Mak sira dengan gula dan cili…
Mak buat pedas-pedas…
Sebab mak tahu aku suka makan pedas..
Semua mak buat sorang-sorang….
Sebab masa tu aku tengah tertido depan TV..
Aku selalu marah mak bila mak pakai tudung senget-senget…
Aku malu dengan orang lain…
Mak kata.."biarlah…mak dah tua.."
Mak tak pernah merungut nak beli pencuci muka
..Bedak…lipstick…mascara..dan segala benda tu..
Sebab mak memang tak pernah pakai dan sentuh semua tu..
Mak tak pernah merungut nak baju baru..
Kadang-kadang mak pakai baju yang aku dah tak nak..
Mak kata…"sayang membazir.."
Mak tak pernah merungut nak pergi tempat-tempat menarik..
Mak ikut saja kemana Abah bawa mak..
Tempat shopping mak cuma di pasar..
Mak suka basuh baju…
Aku selalu marah mak bila mak selalu basuh baju yang baru dipakai..
Mak minta maaf…
Mak selalu basuh baju sampai lewat malam…
Lepas basuh baju…mak seterika pula..
Mak kata buat keja jangan bertangguh…
Mak seterika baju depan TV..
Sebab mak kata membazir masa kalau tengak TV saja…
Seingat aku..mak tak pernah tengok drama sampai habis..
Sebab mak akan tertido….
Mak letih agaknya…
Mak tido sebab mak nak bangun awal..
Bisanya bila aku bangun subuh…
Mak dah siap buat sarapan pun…
Aku hanya makan saja…
Lepas kemas dapur…
mak pegi berkebun…
Mak suka tanam sayur dan bunga…
Mak tak boleh tengok rumput liar…
Semua mak nak tarah…
Mak kerja kuat sangat..
Sampai jari-jari mak dah ada yang bengkok…
Tapi…Aku tak pernah nak urut blakang mak..
Macam aku urut kawan-kawan…
Aku malu…Tapi mak…..
Anak mak sekarang dah sedar mak…
Anak mak nak baktikan hidup ini untuk mak…
Anak mak takut kalau tak sempat mohon ampun dari mak…
Anak mak nak peluk mak kuat-kuat…
Nak cium pipi mak puas-puas…
Nak urut…belai dan belikan baju cantik untuk mak…T
api mak…Anak mak mungkin ego atau malu…
Maafkan anakmu ini dunia akhirat mak…
Maafkan saya mak....



Artikel 4;
Warkah Buat Mak

Mak.....

Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan
sejuk sahdu masih terasa lagi nih....
Mak tau tak.....

itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm... rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak.....
nak tinggal kan dunia fana ni.....
mak macam dan sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....
pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam....
kengkadang siaran indonesia...
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringimak kekuburan...
Pastu mak basuh tangga rumah bersih².....
pastu mak jemur karpet
dan yang paling menarik sekali mak kabo kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam gulung tikar.....
masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakann bila mak kabo duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jugaeeemmm.. bahagiaa nya saat ituu..
Mak.....
Hari tu hari sabtu 1/04/2003 pukul 3 petang mak tiba² sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari Pahang.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap tak mboh pi hospital....
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk...
Mak kata mak tak mboh duduk dalam hospital.....
api kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut ajer.
Mak tetap tak bersetuju.....
mak memang degil...
tak salah anak mak yang ni pun mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk...
mak sakit perut sampai nak sentuhh perut mak pun sakit...
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.....
Mak..... ampunn kan kami semua...
kami nak mak sehat...kami sayang mak...
kami tak moh mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....
Mak.....

Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhirkali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak bila kiter kata nakbeli kereta....
Mak asyikk tanya ajer..
cukup ker duitt.. kiter jawap pula...
kalau takcukupp mak kan banyak duit...mak gelak ajerr.....
Lepas tu bila kereta kiter sampai.....
mak buat kenduri kesyukuran.....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar keling naik motor.....
Punya la kiter takut...kiter warning kakak kiter jangan sesekali kabo kat mak.....
Bila balik sahaja kampong, kiter cecepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kiter kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba bodoo jerr kiter jawap terlangar pokok bunga.....
Mak.... tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar..
mak kiter menipu mak kan... ampun kan kiter....
Mak.....

Jam 3.30 pagi 12/04/2003
Bila tiba aja kat hospital....

nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....

Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann... kann.. kannn
Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaanseparuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan pun rasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan...
Masa tu seandainya apa² terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal jadi jalan tu lenggang..kosong....
sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya....
.terasa syahdu dan sayu gitu... dinginnnn....
Mak.....

Jam 11.00 pagi mak di mandi kan....
Anak² mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan....
.Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk... jangan nangis... kalau sayang mak jangan buatgitu...
jangan nangis ya.."Bila makcik tu kata gitu...lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....
Mak.....

Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat opiss... baru pukul 7.08 pagi....
Takder orang lagi kat opis ni..... kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la..... nanti bila kiter sembanyang kiter baca yassin untuk mak
...mak tunggu ya...!
Mak..

Sebelum muka mak di tutup buat selama nya....
Semua anak² mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah² senyum aja...
Mak rasa tak.... masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
Airmata kiter tak boleh tahan....
Jam 12 tengahari mak di turun kan dari rumah....
kaki kiter terus lemahh... dunia terasa berputar...
tiba² kiter rasa gelap...
Jam 5.00 petang...

.Bila terjaga kiter rasa kepala berdenyut denyut...
badan terasa panas...
mata semakin kecil...makk...
anak mak demam nih..!
Mak tauu...
cuma kiter sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ketanah perkuburan...
Akak kata kiter pengsan...
Terkilan.. terkilan sungguh terkilan...
Kenapa kiter lemah..?
kenapa anak mak yang lain tidak begitu..?
kenapa adik boleh bertahan..??
Mak.....

Hari² kiter lalui tanpa keujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin....
entah kenapa kiter keluarkan gambar²mak pastu apa lagi
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat di bendung...
Mak tauu... kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....

Mak... gila kah anak mak ini..????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..
kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje.. doa lah untuk mak..
nantikalau gini ajer, mak yang susah kat sana.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....
Agaknya mak nampak adegan tu...
sebab malam jumaat kata orang roh balik rumahh...
mengharap sedekah dari anak² nya...
Mak tau tak...di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati..
.rasa nyilu sangat....
menusuk nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....
Mak....cukup la sampai sini dulu....

esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula² kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter kabo....hantar la kat Majalah Kedai Enzinetuuuu....
betul jugak..!Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak... kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu... sebab boss kiter dah maghi...
akhir kata untuk mak... I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih keranamembesarkan kiter...memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..sampai masuk universiti.. sampai kiter pandai mengoratt...sampai kiter dah berkeroje.. sampai kiter pandai bertenettt gitu.....Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
Sekian terima kasih.Yang Benar


~Anak mak yang dah tak degil~


Artikel 5;
Ummiku Sayang

Ummi,kite nak bgtahu satu benda ummi nak tahu takk??

kite selalu marah kat ummi
pagi-pagi ummi gegarkan pintu bilik kite
kite hairan gak,camne ummi boleh dapat kekuatan camtu eh??
kite rase,tak lama lg,
kalau ummi selalu gegarkan,
pintu bilik kite kompem roboh
dr luar ummi jerit,'SOLAT!!SOLAT!!'
kite punyalah bengkek,
tdo kite diganggudlm keadaan marah,
kite bangkit solat agaknya solat kite pon tak diterima..
iyelah,tengah marah..marah kat ummi lak tu..
ummi selalu bertukar jd harimau
bile mengajar kite ngn abang n kakak ngaji
kalau kitorg salah sebut jerr
ummi jerit macam org tengah beranak
muka ummi berkerut-kerut macam tengah sembelit
kalau kitorg selalu jerr salah sebut
ummi mula naik tanganummi tepuk belakang kitorang
selalunya,lepas ngaji,mesti ada yg menangeh
ummi bukan nk pujok!!kalau kite tengah tak ada mood
ummi suke wat crite merepek-repek
kdg2 tu ummi wat lawak sengal
lg la kite marah org tengah tak ada mood,
ummi pi kacou
mmi,bila masuk bab2 masak2,menjahit,
ummilah yg paling bising sekali
ummi suka sangat bukak kitab psl zaman ummi
dulu bile ummi start je ckp ,'
ummi dulu...'kite suka gelakkan ummiletih lerr
dengar cerita yg sama tetiap hari
ummi selalu rebut tb ngan kite
selalunya bile time crite peberet ummi tengah ditayangkan
kenapa ummi nk rebut ngn kite
padahal bilik ummi pon ada tb gak
ummi kate abi tengah tengok cerita laenaduhh..
panasnya hati kite niummi..ummi...macam-macam daa...
Ummi sebenarnya,dlm marah kite,
kite tahu kenapa ummi wat kat kite cam tu
pg2 ummi bising suruh kite bangun solat
sebab ummi tak nak anak ummi ni
jadi hamba Allah yg tak berguna,
yg sering wat dosa,ummi juga nak mencegah kemungkarankan?
ummi nak anak ummi ni jadi anak yg solehahkan?
ummi garang bila time ngaji
sebab ummi nak anak-anak ummi baca betul-betul kalimah suci ALLH S.W.T kan?
ummi nak anak-anak ummi mendalami kalimah-kalimah Allah untuk dijadikan pedomankan?ummi suka wat cerita merepek-repek dan lawak2 sengal
bila kite tengah tak der mood sebab ummi nak kite ceria macam biasakan?
ummi nak tengok senyuman kat muka anak ummi nikan?
ummi selalu bising bila tiba bab2 masak n menjahit
sebab ummi taknak anak2 ummi menyesal pada masa depankan?
ummikite selalu marah bila ummi rebut tb ngn kite tp ummi,
kite faham,kite kena mengalah
apalah sgt dengan tb tu padahal
dah banyak benda yg ummi terpaksa korbankan demi membesarkan kite ni kan???
Tapikan ummi,kite tak tahu macam mana ummi boleh jadi penyabar sangat??
yang pasti,kite tak mewarisi sifat ummi yg tuu....
kalau marah ummi diam kalau suka pon ummi diam sampai kdg2,
kite tak tahu ummi ni suka ke bdak anak-anak ummi selalu bawak masalah
tp ummi tetap sabar
kdg2 kite yg penin dgn masalah
tp ummi tetap dengan kesabaran ummi
ummi tangani satu-satu masalah
kite tau ummi ada hati yg terlampau lembut
ummi cepat tersentuh tapi ummi tak penah tunjuk air mata ummi tu
ummi selalu tahu anak-anak ummi ada masalah
agaknya,itulah kurniaan Tuhan buat ummi-
ummi ada naluri yg kuat terhadap anak-anak

kite selalu tak boleh rahsiakan apa-apa dr ummi sebab ummi mesti tahu...
Ummi,ramai org pelik tengok cara ummi dgn anak-anak ummi
lg2 kiteye larr,
kite ngn ummi selalu bergurau..
macam kawan jerrkdg2 tu mcm bergado kawan2 kite slalu tanya kite,

ade gak yg ckp kite tak hormat ummi
padahal depa tak tahu
itulah kemesraan antara kiteummi,

terima kasih..terima kasihjasa dan pengorbanan ummi takkan dapat kite balas sampai bila2..cuma doa kite selalu dititipkan buat ummi dan abi...banyak lagi kisah sebenarnya tapi cukuplah untuk ari ni.nnty2 aku smbg lg..
Artikel 6;
Ibuku
Ibuku mempunyai seribu mimpiYang dipikulnya tiap hariSambil menimangku ia pun menyanyi:Timang tinggi-tinggi,Dapur tak berasap,Bila besar nanti,Jangan masuk lokap.

Ibuku tidak mengenal buku dan sekolahTiap pagi terbongkok-bongkok di lumpur sawahMenggaru betisnya yang dikerumuni lintah.Hatinya selalu teringatSuaminya yang mati melaratSetelah dikerumuni lintah darat.

Ibuku tangannya kasar berbelulangMengangkat bata-bata bangunanWajahnya dibedaki debu berterbangan.Ibu tidak pernah mengenal supermarketTinggal di bilik sempitUpah buruhnya sangat sedikit.

Ibuku tidak punya TVTidak berpeluang pula menontonnyaTak pernah mengikuti laporan parlimenAtau ceramah bagaimana menambah jumlah pendudukTidak pula tahu adanya forum kemiskinanAtau pertunjukan masak-masakanDengan resepi yang sangat menakjubkan.

Ibuku setiap pagi berulang ke kilangBekerja dengan tekun hingga ke malamMikroskop itu menusuk matanya dengan kejamKaburlah mata ibu diselaputi logam.

Ibuku tidak tahu tentang hak asasiApalagi tentang seni dan puisi.Jika ditanya makna melaburNama-nama saham yang menjanjikan makmurAtau tentang dasar pandang ke Timur,Ibu tersenyum menunjukkan mangkuk buburYang melimpah kanji beras hancur.

O ibuku sayangDi negerimu kau menumpang.Sesekali kudengar ibu menyanyiPantun tradisi caranya sendiri:Siakap senohong,Gelama ikan duri,Bercakap bohong,Tak boleh jadi menteri.



Pengorbanan Seorang Isteri

0




Nura memerhatikan jam didinding, sudah dekat pukul 12.00 malam, argh.. dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini. 2.00 pagi suaminya balik lalu mengejutkan Nura.

"Nura, Nura bangun sayang". Hilmi mengejutkan isterinya. "Eh! abang dah balik, maaf Nura tertidur, abang nak makan?" tanya Nura. "Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur di atas". Jawapan yang cukup mengecewakan Nura. "Arrggh, rindunya Nura pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang, abang tak nak tengok ker apa Nura masak hari ni, ikan cencaru sumbat kesukaan abang," luah Nura dalam hati. "Abang naiklah dulu Nura nak simpan lauk dalam peti ais dulu", pinta Nura sambil menuju ke dapur.

Gugur air mata isterinya menyimpan kembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta. Kecil hatinya sedih dan pilu. Nura ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk alas perut kerana dia sememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh dengan situasi itu. Nura menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur. Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap.

"Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Nura", bisik hati kecilnya. "Aargghh, rindunya Nura pada abang. Nura rindu nak peluk abang, Nura nak kucup abang, Nura rindu abang". Luahan hati kecil Nura.Selesai solat subuh, Nura panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh kebahagiaan, dipanjangkan jodohnya dengan Hilmi tercinta, diberi kesihatan yang baik dan paling panjang dan kusyuk dia berdoa semoga Allah berikan kekuatan untuk menempuh segala onak badai berduri.

Selesai menjalankan amanat itu, Nura kejutkan Hilmi, manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suami tersayang. Nura keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng mee. "Assalamualaikum", sapa Hilmi yang sudah siap berpakaian untuk ke pejabat.

"Waalaikumsalam, sayang". Nura cuba bermanja sambil menambah, " Abang nak kopi atau teh?" Tanya Nura.Nura tetap kecewa apabila Hilmi hanya meminta air sejuk sahaja, dia ada 'presentation' dan hendak cepat, mee goreng pun hanya dijamah sekadar menjaga hati Nura dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Nura menghantar pemergian suami hingga ke muka pintu

"Abang, Nura belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Nura", kata Nura selepas kereta itu meluncur pergi. "Arrghh rindunya Nura pada abang." Luahan geram rindu Nura pada suaminya. "Mi, semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri. "Dekat pukul 2.00 pagi". Jawab Hilmi acuh tak acuh. "Wow dasyat kau, kalah kami yang bujang ni, woi semalam malam Jumaat ler, kesian bini kau". Zikri bergurau nakal. "Apa nak buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00. Aku balik pun bini aku dah tidur. " Balas Hilmi.

"Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan balik lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing, kau ada masalah dengan Nura ke?". Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup dikenali sejak dari sekolah menengah, sampai ke universiti malah sekarang bekerja sebumbung. "Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah, bukan aku bencikan Nura, kami tak bergaduh, tapi… entahlah", terang Hilmi. "Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau, aku nak dengar semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?". Usul Zikri. "Ok." Ringkas jawapan Hilmi sambil menyambung kembali merenung plan bangunan yang sedang direkanya.

Nura membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan saat manis dia diijab kabulkan dengan Hilmi. Majlis ringkas, hanya dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Maklumlah yatim piatu, kenduri ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan. Saat-saat sebegini Nura teringat kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih ada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya sesiapa. Nura menangis sepuas hatinya. 5 tahun menjadi isteri Hilmi, bukan satu tempoh yang pendek.

Nura bahagia sangat dengan Hilmi, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin menjauh. Nura sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Hilmi. Makin laju air matanya mengalir. "Abang sanggup menerima Nura, abang tidak menyesal?". tanya Nura 5 tahun yang lepas. "Abang cintakan Nura setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allah abang akan bahagiakan Nura dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih sayang buat Nura," janji Hilmi. "Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?". Tanya Nura lagi. "Syyy... doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah, Insya-Allah abang yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri", Hilmi meyakinkan Nura.

Nura masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Hilmi dia mungkin tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja. Tapi Hilmi yakin Nura mampu memberikannya zuriat. Tapi, itu suatu masa dahulu, selepas 5 tahun, Nura tidak salahkan Hilmi sekiranya dia sudah mengalah dan terkilan kerana Nura masih belum mampu memberikannya zuriat.

Walaupun Nura sudah selesai menjalani pembedahan untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional. “Arrghh, rindunya Nura pada abang” keluh Nura lagi. "Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan Nura, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak mahu mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi..." ayat Hilmi terhenti disitu.

"Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?" Celah Zikri. "Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya, duduk rumah saja, sunyi, tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar sebaliknya", terang Hilmi. "Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia?", tingkas Zikri. "Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku tahu perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, dan akhirnya aku kecewa sendiri.

Dan aku tidak mahu menyalahkan Nura sebab itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya macam dulu kerana aku akan simpati pada dia dan mungkin akan bertukar menjadi perbalahan", Jelas Hilmi. "Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia?", kata Zikri tidak berpuas hati."Apa kata korang ambil saja anak angkat?" Zikri enambah kata-katanya. "Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kawin lagi, tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup", Ujar Hilmi.

Nura masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi dengan pergi berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah saudara mara atau menjenguk keluarga Hilmi dikampung. Kini dah hampir 5 bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertua dan iparnya yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka dengan itu seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada kedua mertuanya.

Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia akan bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk mereka, itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya, maklumlah dia punya masa yang cukup banyak untuk menjahit. Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa pulang ke kampung suami tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang ke kampung, tapi kini... aarghh rindunya Nura pada abang. Nura tahu Hilmi pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan memancing, dan hari ini sekali lagi Nura menjadi penghuni setia rumah ini bersama setianya kasihnya kepada Hilmi.

Nura masih tidak menaruh syak pada Hilmi, dia masih cuba memasak sesuatu yang istemewa untuk Hilmi bila dia pulang malam nanti, tapi Nura takut dia kecewa lagi. Arghh tak apalah, demi suami tercinta. Aaarggh rindunya Nura pada abang. "So you dah tahu i dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan I kenapa? Adakah kerana simpati atau ikhlas?" tanya Hilmi pada Zati yang dikenali dua minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing. Sejak itu Zati menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang-kadang teman makan malamnya. "I ikhlas Hilmi, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah mula sayangkan you". Zati berterus terang. Lega hati Hilmi, “Tapi Nura…?” perasaannya teringat pada Isterinya. "Abang, Nura tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja," adu Nura pagi tu, sebelum Hilmi ke pejabat. "Ye ker? Ambil duit ni, nanti Nura call teksi dan pergilah klinik ye, abang tak boleh hantar Nura ni." jawapan Hilmi yang betul-betul membuatkan Nura mengalirkan air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau Nura sakit demam Hilmi sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani Nura. Arrgg rindunya Nura pada abang. Disebabkan

Nura terlalu sedih dan kecewa, Nura mengambil keputusan tidak mahu ke klinik selepas makan dua bijik panadol, Nura terus baring. Sehingga ke petang, badan Nura semakin panas dan kadang-kadang terasa amat sejuk, kepalanya berdenyut-denyut. Nura menangis lagi. Malam tu, seperti biasa Hilmi pulang lewat setelah menemani Zati ke majlis harijadi kawannya. Nura masih setia menunggu dan Nura rasa kali ini Nura ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada Hilmi. Tak sanggup lagi Nura menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu pada manusia yang ada didepan mata setiap hari.

Aargh rindunya Nura pada abang. Apabila Hilmi selesai mandi dan tukar pakaian, Nura bersedia untuk membuka mulut, ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, Nura rasa sakit demam yang Nura tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat sarat. "Abang, Nura nak cakap sikit boleh?" Nura memohon keizinan seperti lazimannya. "Nura, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah Hilmi. "Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang akan balik lambat, Nura tak berpeluang bercakap dengan abang". ujar Nura dengan lembut. "Eh.. dah pandai menjawab," perli Hilmi. Meleleh air mata Nura, dan Hilmi rasa bersalah dan bertanya apa yang Nura nak bincangkan.

“Apa yang Nura nak cakapkan? Tanya Hilmi."Kenapa abang terlalu dingin dengan Nura sejak akhir-akhir ni? Tanya Nura. "Nura, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kita bayar duit rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?" alasan Hilmi. Nura agak terkejut, selama ini Hilmi tak pernah bercakap kasar dengan Nura, dan Nura terus bertanya, "Dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Nura, tapi sekarang?" Ujar Nura. "Sudahlah Nura, abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang menyesakkan dada", bantah Hilmi lagi. "Sampai hati abang, abaikan Nura, Nura sedar siapa Nura, Nura tak mampu berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong, tiada suara tangis anak-anak bukan?” Dan Nura terus bercakap dengan nada tersedu sedu. "Sudahlah Nura, abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka. Bosan betul...!!" Pagi tu, Hilmi keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Nura dan tanpa suara pun.

Nura makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi. Malam tu Hilmi terus tidak pulang ke rumah, Nura menjadi risau, telefon bimbit dimatikan, Nura risau, Nura tahu Nura bersalah, Nura akan segera memohon ampun dan maaf dari Hilmi bila Hilmi kembali. Nura masih menanti, namun hanya hari ketiga baru Hilmi muncul dan Nura terus memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi Hilmi hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja. Nura kecil hati dan meminta Hilmi pulang malam nanti kerana Nura ingin makan bersama Hilmi. Hilmi sekadar mengangguk. Tetapi malam tu

Nura kecewa lagi. Hilmi pulang lewat malam. demam Nura pulak makin teruk, dan esoknya tanpa ditemani Hilmi Nura ke klinik, sebab sudah tidak tahan lagi. Abang pulanglah abang, pulanglah Nura ingin beritahu perkhabaran ini, pulang abang, doa Nura. Nura kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari ketiga Nura sudah tidak sabar lagi, Nura menelefon ke pejabat. Dan telefon itu disambut oleh Zikri. "Syukurlah Nura kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, boleh aku jumpa kau?", tanya Zikri "Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku, berdosa besar aku pada suamiku", tolak Nura.

Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Nura itu. Setianya kau perempuan yang bergelar seorang isteri, bisik hatinya. "Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak aku, boleh?" pinta Zikri "Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak kau, last sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan ?" setuju Nura. "Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti. Nura hanya tersenyum penuh makna, dan membisik, " Allah makbulkan doa saya mak cik". Pilu hati Mak Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan. Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu. Zikri serba salah.

"Nura, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana nak mulakan, aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Hilmi dalam proses untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam saudara sendiri, dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni, kau tanyalah dengan Hilmi dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga korang." terang Zikri. Nura menangis semahunya dibahu Mak Siti, rasa hampir luruh jantung mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Nura menantikan Hilmi sehingga ke pagi, namun dia masih gagal.

Dua hari kemudian Hilmi pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian penting, dan masa ini Nura bertekad untuk bertanya. “Abang, mahu kemana?” Tanya Nura.“Aku punya hal lah! Nak pergi mana pun. Kau sibuk kenapa?” sentak Hilmi. Nura hanya menahan sebak didada.“Abang, betul ke apa yang Nura dengar yang abang mahu berkhawin lagi?” Tanya Nuya dengan nada sedih."Ya, betul apa yang Nura dengar tu, dan kami akan langsungkan jugak, dan abang takkan lepaskan Nura, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Nura, kerana mereka juga sayangkan Nura, dan Nura kena faham abang inginkan zuriat sendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan Nura." Janji Hilmi.

Nura sayu mendengar kata-kata Hilmi dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Nura terlalu kecewa. “Hello Hilmi, kau dimana sekarang?” Tanya Zikri. “Aku di Damansara bersama Zati. Kenapa kau cari aku Zikri?” balas Hilmi. “Isteri kau pensan petang tadi dan sekarang Nura berada di hospital, ICU (Unit Rawatan Rapi).” Kata Zikri. Hilmi berasa bersalah teramat sangat dan terus bergegas ke hospital melihat Nura. Hilmi masih menanti diluar, perasa bersalah sentiasa bersarang dikepala, sejak dihubungi Zikri, Hilmi bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Nura pengsan dan mengalami pendarahan. Doktor bersama jururawat keluar dan masuk. Membuatkan Hilmi berasa takut dan resah. Doctor keluar dan terus bertanyakan siapa suami Nura Ain.

Lantas Hilmi berkata..“Saya tuan doctor, bagaimana keadaan isteri saya.?” Tanya Hilmi dihantui ketakutan."Insya-Allah En. Hilmi, dua-duanya selamat ". terang doktor pada Hilmi. "Dua-dua? Apa maksud doktor? tanya Hilmi. “Encik Hilmi tidak tahu yang Isteri Encik Hilmi mengandung? Baiklah, kedua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu selamat, tapi isteri encik kena banyak berehat kerana rahimnya tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak akan menyebabkan berlaku keguguran, tapi kami dah mulakan injection untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni," terang doktor. "Ya Allah, Nura mengandung, Ya Allah, berdosanya aku pada Nura", kesal Hilmi. Hilmi mula terrasa malu untuk menatap wajah isterinya Nura. "Kenapa Nura tak bagi tahu abang yang Nura mengandung?” Tanya Hilmi. "Nura memang nak bagitau abang. Tapi, bila abang cakap abang sudah bertunang dan akan berkahwin dengan Zati. Nura tak sampai hati bang,

Nura tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu." Jelas Nura. "Nura sebenarnya, abang belum bertunang dengan Zati tu, abang cuma sekadar berkawan sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi, dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak lama lagi." kata-kata Hilmi menyakinkan Nura. Kesal kerana mengabaikan Nura yang sedang mengandung, membuatkan Nura risau dan akhirnya pitam dihalaman rumah, mujurlah ada jiran nampak dan membawa Nura ke hospital, dan mujur jugak Nura pengsan dihalaman, dapat dilihat orang.

"Mama, kenapa mama buat tu, biarlah abang yang buat," marah Hilmi bila melihatkan Nura cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu, mertua Hilmi meminta supaya Nura tinggal saja dirumah sehingga bersalin kerana dia memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbang keguguran kerana rahimnya tidak kuat. "Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah." balas Nura. Itulah panggilan manja mereka sekarang ni.

Dengan pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akan melakukan pemeriksaan, dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doktor mengarahkan supaya Nura hanya berehat dihospital, supaya senang mengawasi Nura dan andainya apa-apa berlaku Nura akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung. Setiap hari Nura akan dilawati oleh Hilmi. Nura amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar, amat berharga kehadiran baby nanti, sebab itulah Nura sanggup tinggal di hospital, sanggup menelan berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi itu.

Kandungan sudah di penghujung 7 bulan, Nura amat bahagia merasakan gerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setaip tendangan bayi dirasakan amat membahagiakan. Doktor makin teliti menjaga Nura, kerana bimbang berlaku pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila Nura mengalami pertumpahan darah yang serius, lantas terus Nura ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit sahaja. Hilmi tiba bersama ibu dan ayahnya, Hilmi panik sekali, namun cuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu, apakah khabarnya Nura di dalam sana Hilmi makin risau, setengah jam kemudian doktor keluar.

Hilmi meluru ke arah doctor. "Doktor bagaimana isteri saya ?", Hilmi terus bertanya. "Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik dapat anak perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba sedaya upaya untuk selamatkan Puan Nura Ain." terang doktor. "Apa maksud doktor? Tanya Hilmi yang sudah tidak sabar. "Begini, isteri encik kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upaya menggantikan darahnya yang keluar itu, dan masih berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya." jelas doktor.

"Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat." rayu Hilmi.“Errrmmm... lekanya baby sampai terlena." tegur Hilmi sambil membelai dan mengusap kepala Nur Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepas menyusu dengan Nura. Nura hanya tersenyum. Hari ni genap seminggu usia Syuhadah. Nura Ain masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan semangat demi Nur Syuhadah buah hatinya. Nura mencium sepenuh kasih sayang pipi comel anaknya itu. Nura membelai sayu wajah comel itu. Entah kenapa Nura rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinya terlalu sepi, semalam Nura mimpikan arwah ibunya, datang menjenguk Nura dan Syuhadah, tanpa suara, ibunya hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu sahaja. Hari ini Nura menjadi seorang perindu, ia rindukan ibunya, dan diceritakan perkara itu pada Hilmi.

"Mungkin mak datang tengok cucu dia, dan mak amat gembira", pujuk Hilmi menenangkan Nura. “Abang, bawakan Nura ke tandas.?” Pinta Nura.“Baiklah, elok-elok sayang,?” pesan Hilmi pada Nura."Abang... tolong Nura bang!!" laung Nura dari bilik air. "Ya Allah Nura kenapa ni? Hilmi ketakutan. "Mak... tolong mak... makkkkkkkkkkk" Hilmi menjerit memanggil emaknya didapur. "Cepat, bawa Nura pergi hospital, cepat Hilmi" perintah Mak Hilmi. "Maaf encik, kami tidak dapat kami selamatkan isteri encik, terlalu banyak darah yang keluar, dan kami tak sempat berbuat apa-apa, isteri encik terlalu lemah dan akhirnya… Allah lebih sayangkan isteri encik.", terang doktor.

Terduduk Hilmi mendengarkan hal itu. Jenazah selamat dikebumikan. Syuhadah seakan mengerti yang dia sudah tidak akan menikmati titisan-titisan susu Nura Ain lagi. Syuhadah menangis seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu, seorang ibu yang bersusah payah, bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya. Demi membahagiakan papanya, demi membahagiakan neneknya. Syuhadah terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu.

Semua terpaku dan terharu, Hilmi mendukung Syuhadah dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia terlelap didakapan papanya. Genap seminggu permergian Nura Ain alam syurga. “Assalammulaikum…” jeritan dari luar rumah. “Waalaikumsalam… aik! Tuan doctor. Kenapa berdiri diluar sahaja. Mari masuk, nanti makcik panggilkan Hilmi.” Jemput mak Hilmi. “Hilmi…Hilmi…mari sini, tuan doctor datang” panggil mak Hilmi. “Tuan doctor, ada apa perkara tuan datang rumah saya?” Tanya Hilmi “Sebenarnya saya mahu sampaikan amanah aruah isteri encik Hilmi yang ditinggalkan kepada saya dan saya diamanahkan supaya bagi sendiri pada encik Hilmi, saya harap encik Hilmi terima dengan redha dan hati yang terbuka.” Kata doctor. Sedih hati Hilmi mendengarnya.

Dibukanya surat yang ditinggalkan oleh aruah isteri selepas tuan doctor meninggalkan rumah. Pelahan-lahan surat dibuka dengan hati sebak dan hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya pada masa itu.

Abang yang Nura rindui, Abang maafkan Nura kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin Nura sudah jauh meninggalkan abang, Nura tak harapkan Nura akan selamat melahirkan anak ini, tapi Nura harap bayi akan selamat walau apa yang terjadi pada Nura, Itu harapan Nura bang. Nura masih ingat, rumah tangga kita hampir runtuh kerana Nura tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali ni doa Nura dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Nura menanggung segala kapayahan demi zuriat ini bang. Saat Nura menulis surat ini, Nura masih lagi menjadi penghuni setia katil hospital ini. Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Nura bahagia merasa tiap tendangan dia abang, Nura bahagia, cukuplah saat manis ini Nura dan dia. Nura rasakan setiap pergerakannya amat bermakna, dan andainya ditakdirkan Nura hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam kandungan sahaja Nura redha bang. Siapalah Nura untuk menolak ketentuan-Nya. Nura tak mampu abang. Nura cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Nura untuk mengandungkan zuriat dari benih abang yang Nura cintai dan kasihi selamanya. Nura redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Nura redha, kerana Allah telah memberikan Nura sesuatu yang cukup istemewa, dan andainya maut memisahkan kita Nura harap abang redha sebagaimana Nura redha. Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Nura untuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika. Andai apa yang Nura takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Nura harap abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Nura harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma satu Nura harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Seumur hayat Nura, Nura tak pernah meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah permintaan Nura, janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang. Abang yang Nura rindui... Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Nura ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada abang, tapi Nura tak berkesempatan, dan walaupun kini Nura tiada lagi, tapi Nura nak abang tahu yang... Nura rindukan abang...... Nura rindu sangat dengan abang..... rindu bang... rindu sangat.... Sekian, Ikhlas dari Nura Ain isterimu Nura Ain Bt. Abdullah

Hilmi melipat kembali surat itu, yang telah dibaca berulang kali dan kini Hilmi amat rindukan Nura Ain... dan kini barulah Hilmi sedar betapa berharga sebuah kerinduan itu..... Nura.... abang juga rindukanmu sayang.. bisik hati Hilmi.



Isnin, 23 Februari 2009

Pertemuan tak diduga Perpisahan tak dijangka

0


Bersahaja hari ini, rasa-rasa hati ni makin merindui sahabat2 yg trcinta.nth la kengn bsama mrka x dapat saya lupakn.Terasa semester nie…adalah kenangan terakhir buat kami…sedihnya…Ya Allah bantulah aku…..Mahupun saya tahu setiap pertemuan pasti ada perpisahannya..tapi kali nie terasa sangat akan kehilangan ksh sayang mereka…tkdang mau shj diri nie myekat, menahan dan mghlang merka dari bjauhan tp hati ini redha akan segalany..selamat berjuang sahabat…
Seandainya saya punyai kuasa untuk kembalikan detik pertama pertemuan kita.. Alangkah indahnya tika itu.. Dengan debaran yang kencang didada.. Kegusaran melanda fikiran. Pandangan kita bertentangan. Masih kaku mengungkap kata-kata. Semuanya bagai teratur kemas agar kita kelu berbicara. Senyuman sebagai tanda sebuah ikatan termetri di situ. Setiap saat yang berlalu terasa begitu mencemburi kemesraan yang baru terjalin. Mungkin tika itu, saya bukan seperti hari ini.
Segalanya kembali lebih indah saat hubungan kita mengjangkau waktu. Saya terlalu bahagia hadirnya diri kalian dalam menempuh hari-hari yang penuh kesunyian. Kalian beri saya sinar harapan yang telah lama saya idamkan. Dengan ketenangan dan keyakinan yang mendalam, dengan ketulusan kalian saya rela melepaskan apa yang saya genggam.Penyesalan tiada penah saya fikirkan. Biar apa yang telah saya pilih ini makin tumbuh subur dalam diari hidup. Mungkin benar kata orang apa makna kehidupan jika tiada onak dan duri. Perjalanan seharusnya ada liku-liku yang baik atau sebaliknya. Saya menyedari semua itu. Pelbagai konflik melanda ada tikanya menggugat kesabaran kita namun ketabahan kita dalam meniti arus persahabatan melancarkan kembali keretakan yang sering melanda. Saya tidak sekuat itu namun kalian ukirkan semangat yang tidak penah padam. Kita masih teguh melayari bahtera perjuangan persahabatan ini.

Bersyukurkah kita menghadapi semuanya? Atau mungkin perjalanan ini akan terhenti.. Kekadang di atas keterlanjuran kata-kata bisa menumpaskan keimanan kita. Andainya tiada lagi halangan itu mampukah untuk kita bersama bersatu di atas mahligai atas keutuhan sebuah persahabatan. Sahabat ketahuilah hati ini selalu merindui ,menyayangi dan mencintai kalian..

Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya. Cinta kudus antara bonda dan anaknya. Ada cinta rafik yang setia. Ada cinta berahi antara kekasih teruna dara. Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingnya. Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta. Justeru, cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa."

Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,sejam untuk menghargainya,sehari untuk menyayanginya,tapi sepanjang hidup untuk lupakannya.
"Allah matlamat kami. Rasullulah pemimpin kami. Al-quran perlembagaan kami. Jihad jalan kami.Mati pada Jalan Allah cita-cita tertinggi kami"
Hidup takkan pernah sunyi daripada ujian…. senang, susah, nikmat, rezeki, semuanya ujian… mampukah dihadapi dengan penuh keimanan dan ketaqwaan? mungkin juga ia kaffarah atas dosa-dosa yang pernah dilakukan…. jangan putus asa dengan rahmat Allah, wahai teman… teruslah bangkit, mohon ampun dan belas kasihanNya… sabar dan tabahlah hadapi segala ujian mendatang.. terimalah segala ketentuan dengan hati yang lapang dan penuh redha… terima kasih teman atas segala pengorbananmu padaku…

kenanglah daku dalam doamu…moga coretan ini sedikit sebanyak mampu mengingatkanku padamu…..frienzz 4 eva…maafkan segala salah silap nur yer sahabat moga kenagn kita bersama akan terus terpatri di memori So u acapan terakhir buat yang terbaik untuk diri….untuk ibu bapa…untuk masa depan kalian…doa nur sebagai sahabt akan selalu mengiringi pejuangan kalian…..andai lepas nie kita tak berjumpa lagi…ketahuilah bahawa diri nur ini pernah bahagia dengan kehadiran kalian..tak terungkap dek kata2…tak terbalas dengan segala pengorbanan…hanya doa nur mengiringi kehidupan kalian….dan nur tak mungkin pernah melupakan memoir kita bersama…

Ingat bila hati berjuang kerana Allah…dugaan itu tempat bersinggah…keperitan ditelan sebagai mimpi juadah,kejayaan dianggap sebagai mimpi indah..andai ditakdirkan rebah…hati tetap redha kerana ALLAH.Jangan jadikan kelemahan menguasai diri tp jdkan ianya benteng kekuatan meneruskan perjuangan,ingt jgn tmkan dgn pujian krna ia boleh menjtuhkan diri kita..Jangn kcewa degn tguran dn kritikn krna ia mlengkpkan dri kita…perjalanan msh jauh…plbagai onak duri plu dtmpuhi..bersedialah mghdpi hri mendatang…terima kasih atas segalanya……………


Kenangilah segalanya selagi kau mampu…Tiada noktah dalam jalinan persahabatan..Take care and iman.Wassalam.Khazinatul_@srar88


Sabtu, 21 Februari 2009

Alangkah Bertuahnya Kita

0


Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanyaberdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapaanak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanyakepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur barukira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je makcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..."Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu. Lalu aku bertanya lagi,
"Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yanghantar.Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan disimpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kiloberas untuk disedekahkan kepada keluarga itu.

Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!" Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi.Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu.
Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka.Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar:Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudahseminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup ituboleh tahan sampai satu minggu?
Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu, dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari.Dia berkata
"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."
Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"?
Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalaupun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.
\Mudah-mudahan menjadi tauladan bagi kita dan hendaklah sentiasabersyukur dengan apa yang ada pada kita. Kalau hidup kita susah, hidup orang lagi susah.